Judul : PRU14: Pas gempur Johor
link : PRU14: Pas gempur Johor
PRU14: Pas gempur Johor
Demikianlah Artikel PRU14: Pas gempur Johor
Sekianlah artikel PRU14: Pas gempur Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRU14: Pas gempur Johor dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/pru14-pas-gempur-johor.html
PAS merancang bertanding sekurang-kurangnya 17 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dun di Johor pada PRU14.
Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin berkata, partinya telah mengenal pasti calon-calon berpotensi yang terdiri daripada pelbagai latar belakang untuk bertanding di bawah tiket Pas.
"Daripada calon-calon yang disenaraikan, kira-kira 30 peratus masing-masing adalah terdiri daripada kalangan ulama dan ahli profesional, manakala 40 peratus lagi dipilih daripada kalangan aktivis masyarakat," kata Abdullah ketika memberitahu Oriental Daily.
Pada PRU yang lalu, Pas bertanding sebanyak lapan kerusi parlimen dan 31 kerusi Dun. Hasilnya, mereka memenangi empat kerusi Dun, iaitu Maharani, Puteri Wangsa, Sungai Abong dan Parit Ya’ani.
Menurut Abdullah, walaupun Adun Parit Ya'ani, Aminolhuda Hassan telah meninggalkan Pas dan menyertai Amanah, tetapi Dun terbabit masih dianggap kubu kuat Pas.
"Biarpun sebelum ini dikatakan ramai ahli Pas telah keluar parti, terutama sekali dalam kalangan pemimpin muda yang menyertai Amanah, namun pada hari ini, keadaan ini telah pun pulih seperti sedia kala.
"Kekosongan jawatan yang ditinggalkan mereka kini telah diisi. Saya mengakui Johor kehilangan ramai ahli Pas, termasuk yang berpeluang mewakili parti dalam PRU akan datang.
"Apabila berlaku keadaan ini, Pas Johor sudah pasti akan diwakili oleh muka-muka baharu.
"Dianggarkan, kira-kira 70 peratus calonnya terdiri daripada mereka yang kali pertama bertanding dalam PRU," jelas Abdullah lagi.
Mengenai kedudukannya sendiri, kata Abdullah, beliau masih menyimpan hasrat untuk mempertahankan kerusinya di Puteri Wangsa. Bagaimanapun, keputusan muktamad perlu diserahkan kepada pucuk pimpinan.
DAP tidak penah minta jawatan PM
DAP menegaskan bahawa partinya tidak pernah meminta jawatan perdana menteri seperti didakwa oleh Umno dan Pas.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, apa yang lebih dikesalinya ialah bukan sahaja pemimpin Umno dan Pas yang sering kali menabur fitnah DAP inginkan jawatan perdana menteri, malahan MCA kini turut melakukan tindakan yang sama.
"Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai kini sudah senada dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan membuat pembohongan kononnya Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ingin menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan," kata Guan Eng seperti yang disiarkan dalam Oriental Daily.
Guan Eng menegaskan, bagi DAP, calon perdana menteri yang masih menjadi pilihan utama ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sekiranya Anwar tidak dapat memegang jawatan perdana menteri kerana masih menerima hukuman penjara, Pakatan Harapan masih mempunyai calon lain yang mungkin akan diumumkan pada bulan hadapan," katanya.
Guan Eng membidas Tiong Lai kerana sebagai pemimpin Cina dalam BN, nadanya tidak disangka sama seperti Abdul Hadi.
"Adalah lebih baik Tiong Lai meletakkan jawatan sebagai presiden MCA dan menyertai Umno atau Pas sebagai ahli bersekutu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>