SELAIN 1MDB, ISU TANAH FELDA AKAN MEMUDAHKAN LAGI NAJIB TERSUNGKUR DARIPADA SINGGAHSANA PUTRAJAYA

SELAIN 1MDB, ISU TANAH FELDA AKAN MEMUDAHKAN LAGI NAJIB TERSUNGKUR DARIPADA SINGGAHSANA PUTRAJAYA - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SELAIN 1MDB, ISU TANAH FELDA AKAN MEMUDAHKAN LAGI NAJIB TERSUNGKUR DARIPADA SINGGAHSANA PUTRAJAYA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SELAIN 1MDB, ISU TANAH FELDA AKAN MEMUDAHKAN LAGI NAJIB TERSUNGKUR DARIPADA SINGGAHSANA PUTRAJAYA
link : SELAIN 1MDB, ISU TANAH FELDA AKAN MEMUDAHKAN LAGI NAJIB TERSUNGKUR DARIPADA SINGGAHSANA PUTRAJAYA

Baca juga


SELAIN 1MDB, ISU TANAH FELDA AKAN MEMUDAHKAN LAGI NAJIB TERSUNGKUR DARIPADA SINGGAHSANA PUTRAJAYA



Demikianlah Artikel SELAIN 1MDB, ISU TANAH FELDA AKAN MEMUDAHKAN LAGI NAJIB TERSUNGKUR DARIPADA SINGGAHSANA PUTRAJAYA

Sekianlah artikel SELAIN 1MDB, ISU TANAH FELDA AKAN MEMUDAHKAN LAGI NAJIB TERSUNGKUR DARIPADA SINGGAHSANA PUTRAJAYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SELAIN 1MDB, ISU TANAH FELDA AKAN MEMUDAHKAN LAGI NAJIB TERSUNGKUR DARIPADA SINGGAHSANA PUTRAJAYA dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/selain-1mdb-isu-tanah-felda-akan.html
Walaupun Najib Razak sudah sedia terbelit dengan pelbagai isu dan masalah sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009, penolakan yang lebih besar terhadapnya bermula sebaik meletusnya skandal 1MDB dan pendedahan tentang kemasukan wang RM2,600 juta ke dalam akaun peribadinya.
Sehingga sekarang pun, isu 1MDB dan derma RM2,600 juta itu terus menghantui UMNO dan BN serta membuatkan Najib masih dalam kesamaran sama ada mampu memenangi pilihanraya akan datang atau sebaliknya.
Isu itu secara umumnya membuatkan pengundi bandar, separa bandar, golongan pertengahan, orang muda dan bukan Melayu tidak lagi dapat menerima Najib sebagai Perdana Menteri untuk tempoh yang lebih lama.
Rata-ratanya  golongan tersebut sudah membuat keputusan siapa pilihan mereka dan hanya menunggu masa saja lagi untuk membuktikannya di kertas-kertas undi.
Dengan ketiadaan sokongan pengundi bandar, separa bandar, golongan pertengahan, orang muda dan bukan Melayu itu, satu-satunya penyendal yang tinggal buat UMNO dan BN daripada kuasa terus tertanggal ialah sokongan pengundi Melayu luar bandar dan peneroka Felda.
Seperti biasa, umpan yang selalu digunakan untuk menjinakkan golongan ini ialah menakut-nakutkan mereka tentang DAP sambil menaburkan pelbagai habuan berupa wang atau imbuhan.
Tetapi, beban kenaikan kos sara hidup dan cukai GST sedikit-sebanyak mula melunturkan sokongan mereka kepada UMNO, BN dan kerajaan.
Tambahan lagi janji Pakatan Harapan untuk menghapuskan GST dan menstabilkan harga minyak sebaik mengambil alih Putrajaya dilihat suatu kelegaan kepada beban kos sara hidup yang mereka tanggung selama ini.
Bagi peneroka Felda pula, meskipun pelbagai skandal, kerugian dan kehilangan wang membabitkan agensi itu terus berlaku, UMNO selalu mempunyai kelebihan dalam mendapatkan sokongan mereka atas kedudukan sebagai kerajaan yang sedang berkuasa.
Selain menakut-nakutkan tentang DAP, pelbagai tawaran dan imbuhan adalah mainan yang selalu digunakan untuk menjinakkan sokongan golongan peneroka kepada UMNO dan BN.
Selebihnya, didendangkan juga bahawa kononnya hanya UMNO dan BN saja yang dapat menjaga kebajikan golongan peneroka berbanding Pakatan Harapan yang belum diketahui kemampuannya.
Namun demikian, kehadiran Tun Mahathir mula menarik lebih sokongan golongan peneroka kepada Pakatan Harapan. Dalam beberapa kunjungan dan ceramah Pengerusi Pakatan Harapan itu ke kawasan-kawasan Felda, ribuan hadirin yang hadir adalah bukti bahawa golongan peneroka sudah mula mencelikkan mata mereka.
Sebelum ini tidak pernah program Pakatan Harapan mendapat sambutan yang melimpah di kawasan Felda, tetapi sejak adanya Tun Mahathir bersama gabungan pembangkang, semuanya sudah mula berubah.
Isu tanah Felda yang terlepas ke tangan sebuah syarikat swasta dalam keadaan mencurigakan sebagaimana ia menjadi isu hangat sekarang adalah satu lagi kelebihan yang ibarat bulan jatuh ke riba bagi Pakatan Harapan.
Ramai peneroka didapati marah dan kecewa kerana di sebalik UMNO dan kerajaan mendabik dada sebagai pembela mereka,  dalam masa yang sama merekalah juga yang penggadainpaling bahaya.
Skandal terbaru Felda itu kini memungkinkan 54 kawasan Parlimen yang selama ini ditentukan kemenangannya oleh undi peneroka mula bergoyang dan tidak lagi selamat.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: