Selepas kritik ‘dinasour’, ke mana arah mahasiswa kita?

Selepas kritik ‘dinasour’, ke mana arah mahasiswa kita? - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selepas kritik ‘dinasour’, ke mana arah mahasiswa kita?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selepas kritik ‘dinasour’, ke mana arah mahasiswa kita?
link : Selepas kritik ‘dinasour’, ke mana arah mahasiswa kita?

Baca juga


Selepas kritik ‘dinasour’, ke mana arah mahasiswa kita?



Demikianlah Artikel Selepas kritik ‘dinasour’, ke mana arah mahasiswa kita?

Sekianlah artikel Selepas kritik ‘dinasour’, ke mana arah mahasiswa kita? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selepas kritik ‘dinasour’, ke mana arah mahasiswa kita? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/selepas-kritik-dinasour-ke-mana-arah.html
YANG kita perlu tahu dan sedar, masyarakat kita hari ini berada di satu persimpangan keserabutan yang maha dahsyat kerana pelbagai masalah dan pilihan yang dilakukan sejak beratus tahun lalu yang akhirnya menjadi budaya umum membentuk masyarakat hari ini.
Usai Forum “Political Dinasours: Why You are Still Around”, satu persoalan yang kerap bermain di minda saya, apakah masalah dinosaur yang telah sedia ada ini? Adakah dengan berbual, mengkritik dan berjenaka sarkastik dapat mengubah pendirian mereka yang telah lama berkuasa?
Sebagai seorang mahasiswi yang masih kuliah, rutin harian Isnin saya jalani seperti  biasa di kampus yang tenang — tapi orangnya ribut — menyiapkan segala tugasan pensyarah yang kadang-kadang saya juga bingung, "apa tugas beban banyak begini, punya kesan pada masyarakat dan golongan tertindas?"
Kalam pensyarah sejak azali mahasiswa masuk ke alam kampus: "Ini berguna pada masa depan nanti. Untuk kamu mengubah masa hadapan."
Jiwa muda saya selalu marah. Kenapa masa depan? Kenapa bukan sekarang? Kalau menunggu masa, sudah pastilah selepas bergraduasi, kami akan menjadi sama sahaja seperti yang lain. Jadi tunggul dan larut dalam sistem yang telah sedia ada dibina, menjadikan ilmu-ilmu ini alat penindasan setelah segala penindasan yang masyarakat lalui hari ini?
Semangat zaman
Saya menemui saudara Mukmin Nantang, seorang rakan mahasiswa di Sabah dan kami sempat bercerita panjang hal-hal mahasiswa. Seingat perbualan saya bersama teman-teman, gerakan mahasiswa yang berdarah panas dan radikal sudah lama terhenti.
Terakhir saya kira, adalah Tangkap MO1 yang dipimpin Anis Syafiqah. Kemudian, hal-hal gerakan menjadi sepi dan sendu. Mahasiswa makin berpecah dan ikut rentak sendiri.
Ramai yang beralih pada teater, puisi dan gerakan-gerakan kolektif kecil di tempat masing-masing. Mereka ini hidup dengan harapan untuk membina generasi kecil, turun ke akar umbi masyarakat. Sengaja mengotorkan tangan-tangan mereka ke dalam lumpur bersama-sama memahami masyarakat marginal yang tertindas dan selalu tak punya kuasa untuk mengangkat suara kepada penguasa.
Barangkali, semangat zaman telah berubah. Mahasiswa sudah tidak mahu peduli lagi. Lebih baik kami jaga dan mulakan lingkungan kecil masyarakat kami sendiri.
Politik tua
Secara kurang ajarnya, parti politik kerajaan mahupun pembangkang tidak pernah memberi manfaat kepada mahasiswa. Ternyata bertahun nama mahasiswa cuma menjadi sandaran ketika wakil-wakil politik memerlukan bantuan untuk menyokong gerakan-gerakan mereka.
Mahasiswa inilah yang bersiap siaga menyusun strategi, mengerah rakan-rakan mahasiswa lain. Tapi lihat, ketika rakan-rakan mahasiswa yang dikenakan tindakan, di mana parti politik baik kerajaan mahupun pembagkang?
Ternyata mahasiswa telah belajar, hal-hal yang kita inginkan kebebasan, keadilan untuk semua orang, ekonomi yang lebih baik, hanyalah romantisme di mulut-mulut puaka yang menunggu masa memakan kembali mangsa.
Ahli politik cuma mahukan kemenangan yang berpanjangan agar mereka lebih lama lagi berada di kerusi Parlimen, bertekak hilang air liur di meja Parlimen, bertepuk tampar bersama di kantin menunggu kehadiran rakan-rakan dengan kereta mewah masing-masing.
Gerakan mahasiswa sekarang?
Menjelang pilihan raya umum yang semakin suntuk, tak kurang hebat apabila nama mahasiswa diseru dan dikritik tajam baik dari orang politik dan masyarakat umum. Mahasiswa dilihat masih hidup di alam mimpi.
Majlis pimpinan pelajar sibuk mengubah “profile picture” yang lebih matang dan berkaliber sebagai satu “benchmark” hiasan untuk menyatakan bahawa dirinya sebahagian daripada sebuah lapisan sosial di universiti.
Sedangkan realitinya, gerakan mahasiswa sekarang terlihat semakin jauh dari masalah-masalah dasar yang ada pada masyarakat. Saya tidak tahu kalau mahasiswa telah gagal atau masih belum bermula untuk melakukan pendidikan politik dan merancang propaganda sehingga setiap orang di kampus dapat merasakan kebersamaan untuk bergerak melakukan perubahan.
Saya juga tidak mengerti jika rakan-rakan mahasiswa sendiri, merasakan tidak penting untuk bersama masyarakat kerana yang lebih penting mengumpul puluhan gambar bersidang di sana-sini.
Saya tidak pasti kalau “a selfie a day” di Parlimen itu membantu pakcik makcik di kampung yang terbeban dengan harga barang yang semakin meningkat. Saya was-was kalau benar dengan memakai kot seperti seorang profesional di universiti, anak-anak kaum miskin, anak-anak kau tertindas, anak-anak “stateless” itu nanti akan mendapat pendidikan sama seperti yang mereka dapat hari ini?
Harapan besar dari kerja-kerja kecil
Masihkah ada harapan bagi gerakan mahasiswa untuk kembali memainkan peranannya? Mungkinkah masih akan ada yang meyakini gerakan mahasiswa sebagai sang penyelamat? Benarkah mahasiswa adalah agen perubahan? Atau gerakan mahasiswa tak lebih sekadar kelompok pemimpi yang tewas dalam aksi?
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: