Seluruh dunia tertawakan Malaysia kerana RCI kes 30 tahun lalu

Seluruh dunia tertawakan Malaysia kerana RCI kes 30 tahun lalu - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seluruh dunia tertawakan Malaysia kerana RCI kes 30 tahun lalu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seluruh dunia tertawakan Malaysia kerana RCI kes 30 tahun lalu
link : Seluruh dunia tertawakan Malaysia kerana RCI kes 30 tahun lalu

Baca juga


Seluruh dunia tertawakan Malaysia kerana RCI kes 30 tahun lalu



Demikianlah Artikel Seluruh dunia tertawakan Malaysia kerana RCI kes 30 tahun lalu

Sekianlah artikel Seluruh dunia tertawakan Malaysia kerana RCI kes 30 tahun lalu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seluruh dunia tertawakan Malaysia kerana RCI kes 30 tahun lalu dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/seluruh-dunia-tertawakan-malaysia.html
SELURUH dunia mentertawakan Malaysia kerana menjadikan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian dialami Bank Negara Malaysia (BNM) akibat dagangan mata wang asing (forex) pada 1990-an sebagai isu besar, kata sebuah badan anti rasuah.
Pengerusi Hisbah Center for Reform Ezam Mohd Nor berkata, RCI forex jelas merupakan perkakas politik,bermotif politik untuk mencapai cita-cita politik pihak tertentu.
“Seluruh dunia mentertawakan kita melihat isu 30 tahun lalu tiba-tiba menjadi isu besar hari ini.
”Jelas laporan RCI semalam memperlihatkan matlamat akhirnya ialah mengheret bekas perdana menteri dan timbalan perdana menteri yang menjadi musuh politik utamanya hari ini menjadi tertuduh dan tercemar imej mereka seteruk tercemarnya imej PM hari ini,” kata bekas ahli Dewan Negara itu dalam satu kenyataan hari ini.
Laporan RCI yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam menggesa polis menyiasat bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri merangkap menteri kewangan Anwar Ibrahim.
Dalam buku laporan bertajuk "Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Sekitar Tahun 1990-an", RCI turut menggesa polis menyiasat ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.
Ezam berkata, apa yang berlaku akhir-akhir ini jelas memberikan petunjuk Malaysia yang dipimpin oleh “seorang penguasa dan ahli keluarga yang diketahui di serata dunia mencuri berbillion ringgit dari khazanah negara semakin terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencemarkan imej musuh-musuh politiknya”.
“Hanya orang yang bodoh dan pemakan dedak yang sudah buta dan pekak sahaja yang tidak dapat melihat motif sebenar RCI,” katanya.
RCI ditubuhkan untuk menentukan kebenaran dakwaan mengenai kerugian tukaran mata wang asing yang ditanggung Bank Negara dan implikasinya terhadap ekonomi negara.
RCI akan memutuskan sama ada terdapat percubaan untuk menyembunyikan fakta dan maklumat mengenai kerugian, termasuk pengeluaran kenyataan oleh pegawai tinggi yang dikatakan mengelirukan Kabinet, Parlimen dan orang awam.
Sebanyak 42 dokumen juga dikemukakan semasa prosiding tersebut.
Seramai 25 saksi – termasuk Dr Mahathir, bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim, dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin – memberi keterangan pada pendengaran selama lapan hari.
Ezam yang pernah menjadi setiausaha politik kepada Anwar berkata, seharusnya RCI diadakan untuk menyiasat Najib kerana dakwaan RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadinya.
Sekiranya RCI tidak dilakukan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), imej Malaysia akan tercemar di mata dunia.
“Maka jadilah Malaysia sebuah negara yang mana pemimpin-pemimpinnya semua kelihatan seperti penyamun.
“Walhal hakikatnya ialah yang terbukti seorang penyamun adalah PM hari ini. Hanya di akaun peribadi dia duit berbilion-bilion masuk,” katanya.
Beliau berkata, sebelum ini tidak pernah perdana menteri ditangkap mempunyai berbillion ringgit di dalam akaun mereka.

Subscribe to receive free email updates: