Judul : Skandal Felda: Kenapa syarikat hiasan dalaman ambil alih, majukan tanah Felda?
link : Skandal Felda: Kenapa syarikat hiasan dalaman ambil alih, majukan tanah Felda?
Skandal Felda: Kenapa syarikat hiasan dalaman ambil alih, majukan tanah Felda?
Demikianlah Artikel Skandal Felda: Kenapa syarikat hiasan dalaman ambil alih, majukan tanah Felda?
Sekianlah artikel Skandal Felda: Kenapa syarikat hiasan dalaman ambil alih, majukan tanah Felda? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Skandal Felda: Kenapa syarikat hiasan dalaman ambil alih, majukan tanah Felda? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/skandal-felda-kenapa-syarikat-hiasan.html
Sumber yang dipetik Berita Harian berkata, Synergy Promenade Sdn Bhd tiada pengalaman dalam melaksanakan sebarang projek pembangunan.
Synergy Promenade Sdn Bhd yang terbabit dalam isu pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak untuk pembangunan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), dipertikaikan latar belakang dan pengalaman bagi mengendalikan projek pembangunan mega itu.
Sumber yang dipetik Berita Harian berkata, Synergy Promenade ialah syarikat hiasan dalaman yang dikatakan pernah mendapat projek di Menara Felda dan Istana Negara, tetapi tiada pengalaman dalam melaksanakan sebarang projek pembangunan.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan kelayakan syarikat itu membangunkan projek KLVC yang mempunyai nilai pembangunan kasar RM6 bilion dan kenapa ia mengambil alih tanah dianggarkan bernilai kira-kira RM1 bilion itu.
“Sebenarnya, tiada sebab yang memerlukan tanah itu dipindah milik kepada Synergy Promenade. Ketika itu, ia memegang surat kuasa wakil penuh (PA), syarikat itu sudah mempunyai kuasa secukupnya untuk melaksanakan kerja pembangunan bagi pihak Felda.
“Synergy Promenade memegang PA hanya sebagai ejen dan Felda adalah prinsipal supaya ia boleh mendapat kebenaran merancang (DO). Jadi, apakah sebab syarikat itu mahu memindah milik tanah itu kepadanya,” soal sumber itu.
Pada 21 Disember lalu, Berita Harian mendedahkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanahnya di Jalan Semarak yang dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi mencurigakan pada 2015.
Akhbar itu memetik sumber sebagai berkata, pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan PA bagi membangunkan tanah itu.
Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad mengakui berlaku transaksi 4 bidang tanah itu yang dianggarkan bernilai RM270 juta, tetapi Felda tidak mendapat sesen pun kerana tiada rekod wang dimasukkan atau dibayar dalam transaksi itu.
Katanya, beliau hanya sedar mengenai pemindahan hak milik tanah itu pada akhir Januari lalu ketika Jabatan Pengurusan Felda memaklumkan 3 perjanjian jual beli tanah terbabit.
Sabtu lalu, akhbar itu melaporkan nilai semasa tanah Felda di Jalan Semarak itu dianggarkan mencecah RM1 bilion, jauh lebih tinggi daripada harga jualan RM270 juta dalam 4 perjanjian jual beli tanah antara Felda dan Synergy Promenade.
Sementara itu, hasil pemeriksaan Berita Harian mendapati Synergy Promenade didaftarkan pada 16 Jun 2000 sebagai pemaju hartanah, kontraktor binaan dan am serta menjalankan perniagaan am. Dua pengarahnya adalah Noraini Soltan serta Abd Rahman Soltan yang beralamat di Shah Alam.
Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai projek pembangunan yang pernah dilaksanakan Synergy Promenade.
Read More / Baca Lagi >>