Judul : Skandal Felda tidak jejas persiapan PRU14 sembang Shahidan
link : Skandal Felda tidak jejas persiapan PRU14 sembang Shahidan
Skandal Felda tidak jejas persiapan PRU14 sembang Shahidan
Demikianlah Artikel Skandal Felda tidak jejas persiapan PRU14 sembang Shahidan
Sekianlah artikel Skandal Felda tidak jejas persiapan PRU14 sembang Shahidan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Skandal Felda tidak jejas persiapan PRU14 sembang Shahidan dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/skandal-felda-tidak-jejas-persiapan.html
KUALA LUMPUR - Siasatan terhadap isu pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak tidak akan menjejaskan persiapan pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Shahidan berkata beliau juga yakin segala isu dan masalah yang dihadapi sedang dan telah diselesaikan secara baik oleh pihak kerajaan tanpa menjejaskan kewibawaan Barisan Nasional.
"Saya ingat tak ada masalah(isu Felda). Apa sahaja pendirian kerajaan(mengenai isu tersebut), saya tetap akan sokong.
Kita kena ingat, apa sahaja masalah sudah pasti kerajaan dapat menyelesaikan dengan baik. Kita akan menghadapi PRU14 dan kita telah bersiap sedia. Semua masalah juga kita tangani dengan baik dan kita mengambil pendekatan kasih sayang, bukan caci mencaci dan fitnah memfitnah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Krismas peringkat Wilayah Persekutuan di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan dan Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas.
Pada 21 Dis lepas, media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.
Berikutan itu, Jumaat lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat transaksi pindah milik tanah itu.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid dalam sidang medianya hari ini berkata pihaknya akan memanggil bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut minggu depan.
Sementara itu, pada majlis yang dihadiri lebih 1,000 warga kota dan pelancong asing tersebut, Loga berkata sambutan Hari Natal itu akan dijadikan sebagai acara tahunan dalam kalendar aktiviti pelancongan dan kebudayaan di Kuala Lumpur.