Judul : SOLIDARITI RAKYAT MELALUI KUASA MEDIA SOSIAL MAMPU MENJULANG PERUBAHAN
link : SOLIDARITI RAKYAT MELALUI KUASA MEDIA SOSIAL MAMPU MENJULANG PERUBAHAN
SOLIDARITI RAKYAT MELALUI KUASA MEDIA SOSIAL MAMPU MENJULANG PERUBAHAN
Demikianlah Artikel SOLIDARITI RAKYAT MELALUI KUASA MEDIA SOSIAL MAMPU MENJULANG PERUBAHAN
Sekianlah artikel SOLIDARITI RAKYAT MELALUI KUASA MEDIA SOSIAL MAMPU MENJULANG PERUBAHAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SOLIDARITI RAKYAT MELALUI KUASA MEDIA SOSIAL MAMPU MENJULANG PERUBAHAN dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/solidariti-rakyat-melalui-kuasa-media.html
Kuasa dan pengaruh media sosial memang tidak dapat dinafikan keberkesanannya, malah di beberapa negara yang berlaku perubahan kepimpinan sebelum ini, boleh dikatakan media barulah penyumbang utamanya.
Media baru dengan hampir semua orang mampu memiliki telefon pintar di tangan masing-masing kini sudah menjadi media arus perdana di kalangan rakyat, manakala akhbar dan televisyen telah turun pangkat menjadi media hiliran yang tidak lagi sekuat dulu cengkamannya.
Dalam waktu terdekat ini, dua peristiwa bagaimana media baru mampu merubah keadaan yang tidak menyenangkan dan membebankan, dilihat bagaikan petunjuk nyata bahawa kuasa itu harus dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dalam mencapai tujuan yang lebih besar.
Bagaimana sistem IMAMS dibatalkan hanya sehari selepas diumumkan penguatkuasaannya dan kes Cikgu Azizan ditarik balik kesnya serta-merta oleh Pejabat Peguam Negara membuktikan solidariti rakyat yang dimanfaatkan melalui media sosial sebenarnya mampu menjadi kuasa yang berkesan ke arah perubahan.
Penolakan majoriti rakyat terhadap sistem IMAMS bukan saja membuatkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan "angkat tangan" lalu membatalkannya, malah Biro IT UMNO dan segala jentera media sosial berbayar tajaan UMNO dan kerajaan jadi terkapai-kapai dan tidak mampu melawan kuatnya arus penolakan itu.
Begitu juga dalam kes Cikgu Azizan di mana Pejabat Peguam Negara sebelum ini mendapati ada kes untuk mendakwa guru tersebut ke mahkamah, tetapi solidariti para pendidik yang digerakkan melalui media sosial di mana ratusan guru sanggup berhimpun dan memberikan sokongan moral, ia akhirnya memaksa kes itu digugurkan di saat-saat akhir.
Semua itu memberi petunjuk bahawa solidariti rakyat yang digerakkan secara sistematik melalui media sosial mampu membangkitkan kesedaran dan menggerakkan kekuatan untuk menolak sesuatu keadaan yang dirasakan tidak betul dan perlu dilawan.
Read More / Baca Lagi >>