KUALA LUMPUR - Aktiviti spekulasi berlebihan telah menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian urus niaga pertukaran asing berjumlah RM31.5 bilion pada era 1990-an, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau yang memetik laporan audit dalaman disediakan  oleh juruaudit dalaman BNM bertarikh 21 Januari 1994, berkata pembelian matang dan urus niaga pertukaran mata wang bulanan yang berjumlah purata RM140 bilion pada tahun 1992 telah meningkat kepada RM750 bilion pada tahun 1993.
“Sebahagian besar urus niaga itu bersifat spekulatif dan tidak mencerminkan mandat BNM untuk mengekalkan keadaan teratur dalam pasaran pertukaran asing mengikut Seksyen 4 Ordinan Bank Negara Malaysia 1958,” katanya dalam surat terbuka beliau kepada bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad, hari ini.
bank negara Johari berkata laporan audit itu juga menekankan bahawa magnitud urus niaga spekulasi pertukaran asing dianggap sangat berlebihan memandangkan dana pemegang saham BNM hanya RM4.4 bilion dan rizab antarabangsa negara itu hanya RM43.98 bilion pada masa itu.
Laporan Audit itu