Star Wars baru, Malaysia Baru

Star Wars baru, Malaysia Baru - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Star Wars baru, Malaysia Baru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Star Wars baru, Malaysia Baru
link : Star Wars baru, Malaysia Baru

Baca juga


Star Wars baru, Malaysia Baru

DUA lanjutan (sequel) kepada siri Star Wars; The Force Awakens dan yang paling terkini, The Last Jedi, adalah hasil usaha kaum pemodal untuk memasarkan produk lama dalam bungkusan baharu. Kedua-duanya dihasilkan bertitik tolak daripada vakum yang ditinggalkan sejak sekian lama, dan tidak ada cerita baru untuk disajikan kepada gerombolan peminatnya yang membiak saban tahun.
Kisah dinasti Skywalker ini bermula episod 4, diikuti episod 5 dan 6 yang dibikin ketika dunia masih lagi boleh mengaitkan keledar Darth Vader dengan topi tentera Jerman pada Perang Dunia Kedua. Meski sudah lewat 70-an hingga 1983.
Kisah-kisah latar (prequel) pula menyusul di zaman gemilang penemuan grafik komputer. Episod 1, 2 dan 3 yang dihasilkan di zaman peralihan alaf baru menyaksikan kisah latar di sebalik kebangkitan Vader menanggapi kegelapan setelah sekian lama diasuh di bahagian terang kuasa yang mengatur seluruh cakerawala.
Setelah enam filem, para pemodal dunia perfileman ternyata tidak puas. Pastinya akan ada golongan yang masih dahaga untuk mengkonsumsi hasil karya dengan tema Star Wars, selagi ada yang mahu membikinnya.
Maka para pemodal pun bersidang, lalu memutuskan supaya syarikat animasi paling berjaya diberi sepenuh kuasa untuk mengambil alih dunia buatan George Lucas itu dan diolah semula untuk konsumsi kaum muda yang lahir ketika Anakin Skywalker baru sahaja putus lengan dan kakinya.
Jadi kisahnya, Disney telah mengambil alih penerbitan siri generasi baru Star Wars selepas sepuluh tahun francais itu mendiamkan diri.
Untuk akur dengan keperluan politik semasa, maka watak utamanya menampilkan Rey, seorang gadis tanpa orang tua, serta Finn; mantan stormtrooper berkulit hitam. Lelaki muda berkulit putih diletakkan di belakang topeng dan diberi nama Kylo Ren. Tidak jauh mana dengan watak Darth Vader yang diwarisinya.
Perlawanan tua muda
The Last Jedi memaparkan pentas pertembungan zaman dengan plot yang banyak bermain dengan nada membakulsampahkan zaman lampau, untuk diganti muka-muka baru yang lebih muda. Watak-watak lama, malah yang sudah arwah turut tampil kembali bagi membantu usaha membakulsampah secara besar-besaran ini.
Dinosaur-dinosaur trilogi Star Wars yang asal dihadirkan untuk mengusung jenazah yang tua-tua, dan membuka ruang kepada generasi Star Wars baru.
Penggantian tua-muda ini berlaku seiring zaman. Yang muda dan bertenaga tidak sabar-sabar


Demikianlah Artikel Star Wars baru, Malaysia Baru

Sekianlah artikel Star Wars baru, Malaysia Baru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Star Wars baru, Malaysia Baru dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/star-wars-baru-malaysia-baru.html
menanti peluang untuk mengambil alih takhta, manakala yang tua pula ramai yang sukar melepaskan dan enggan "move on".
Kerana itu parti-parti politik di Malaysia masing-masing ada sayap pemuda. Yang tidak ada sayap Pemuda adalah Parti Tindakan Demokratik, DAP pada awal-awal penubuhannya. Ia tidak ada sayap Pemuda kerana pendirinya semua muda belaka. Maka tidak perlu sayap Pemuda, sehinggalah beberapa tahun kemudian.
Demikian juga sebenarnya awalan banyak gerakan politik. Ia dicetuskan sekumpulan pemuda, semacam satu kolektif. Kolektif ini bukan parti politik. Belum lagi jadi parti politik. Kolektif ini seperti kelab mengumpul setem. Seperti "group Whatsapp". Tidak ada pergelutan kuasa.
Orang mudalah kerjanya menghadirkan kesedaran, menyalakan api yang membakar keinginan ke arah pembaharuan dan kesedaran untuk perubahan. Mengusung yang baru dan membakul sampah yang lama. Sama seperti yang sedang dibuat dalam francais Star Wars.
Saya sengaja guna perkataan api, kerana hari ini juga kebetulan beberapa orang teman telah menyusun aksi bagi memperingati Angkatan Pemuda Insaf di jalanan Kuala Lumpur lewat petang nanti.
API juga lahir mulanya sebagai kolektif. Lewat penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya, API muncul sebagai sayap pemuda, yang kemudiannya berdiri sendiri sebagai sebuah parti politik. PKMM itu pula lahir dari nukleus dan sel Kesatuan Melayu Muda, setelah pemerintahan Jepun berakhir lewat Ogos 1945.
Testamen Politik API, tulisan Ahmad Boestamam dikategorikan sebagai menghasut, ekoran penggunaan slogan "Merdeka dengan darah" lalu diharamkan oleh pemerintah. Bukan sahaja buku, malah seluruh organisasi API diharamkan oleh pemerintah kemudiannya. Boestamam pada waktu itu, baru berusia 27 tahun.
Malaysia Baru, Malaysia Lama
Hujung-hujung tahun begini memang seronok bernostalgia tentang Star Wars episod dulu-dulu, sambil diselit kisah-kisah klasik perjuangan orang muda zaman atuk nenek kita dahulu.
Dengan berinspirasikan kisah-kisah perlawanan lama itulah maka kita harus mempersiapkan diri untuk mendepani minggu terakhir 2017 ini dengan penuh kecekalan dan harapan untuk melihat Malaysia Baru, menggantikan Malaysia Lama.
Seperti Johor Bahru menggantikan Johor Lama, Malaysia Baru harus diusung ke persada bagi menggantikan Malaysia Lama - Malaysia yang sakit dengan pembodohan, korupsi, kleptokrasi dan Umno.
Seperti Star Wars, watak-watak tualah yang harus dikerah bagi mengusung Malaysia Lama ke pintu keluar. Hanya watak-watak tua ini yang punya kaliber untuk mengusung sekian banyak drama yang telah mereka hasilkan.
Dan seperti ditulis Chairil Anwar, “sekali berarti, sudah itu mati.” Sebiji macam babak-babak hujung Luke Skywalker dalam The Last Jedi.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :