Suara Sheila Majid dan Fathia Latiff

Suara Sheila Majid dan Fathia Latiff - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suara Sheila Majid dan Fathia Latiff, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suara Sheila Majid dan Fathia Latiff
link : Suara Sheila Majid dan Fathia Latiff

Baca juga


Suara Sheila Majid dan Fathia Latiff

Dalam tamadun-tamadun besar dunia, seniman memang selalu ada tugas lain selain pekerjaan hakikinya sebagai seniman.
Begitu juga dengan penyanyi seperti Sheila Majid mahupun pelakon seperti Fathia Latiff. Tweet ringkas mereka masing-masing dengan pantas menjadi tular. Lebih-lebih lagi apabila mereka dilihat menyuarakan sesuatu yang lebih daripada kisah cinta sepertimana yang selalu disampaikan dalam lagu-lagu, drama atau filem.
Tampaknya dalam beberapa hari ini, tiada sesiapa yang menafikan hak seniman untuk bersuara sama ada di kalangan mereka yang propemerintah, propembangkang mahupun yang independen. Nampaknya sudah wujud satu kematangan politik yang luar biasa selain isu yang diketengahkan menyentuh langsung soal realiti kehidupan rakyat.
Apa yang tidak kelihatan oleh ramai orang, lebih-lebih politikus atau mereka yang sudah taksub dengan politik kepartian ialah kenyataan yang ruang kebebasan bersuara yang wujud di Malaysia hari ini adalah jauh lebih baik. Sekurang-kurangnya kalau dibandingkan di kala Dr Mahathir Muhamad berkuasa 22 tahun dahulu.

Kebetulan juga hampir setiap orang hari ini mempunyai telefon pintar dan media sosial masing-masing. Bukan sahaja Sheila dan Fathia, tetapi artis lain seperti Aznil Haji Nawawi dan Adibah Noor juga saling mengeluarkan pandangan masing-masing.
Namun dalam keadaan dunia berada di hujung hari sekali pun, di luar sana ada lagi kerajaan di dunia yang mengharamkan atau cuba menyekat kebebasan ini. Bahkan ada pula yang masih terus menangkap mereka yang bersuara bertentangan dengan selera sesuatu kerajaan itu.
Mungkin ramai yang berfikir


Demikianlah Artikel Suara Sheila Majid dan Fathia Latiff

Sekianlah artikel Suara Sheila Majid dan Fathia Latiff kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suara Sheila Majid dan Fathia Latiff dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/suara-sheila-majid-dan-fathia-latiff.html
bahawa rejim tertutup dan kuku besi seperti China dan Korea Utara sahaja yang bersifat sebegitu terhadap rakyatnya. Tetapi jangan dilupakan di negara Islam yang pernah dianggap paling demokratik pun seperti Turki juga sekarang menjadi sangat tertutup.
Kita boleh saksikan iaitu ketika bantahan terhadap Presiden Tayyid Erdogan (bawah) memuncak lebih kurang dua tahun lalu, tidak kurang jumlah yang diberkas dan dihadapkan ke muka pengadilan. Mereka yang tertangkap dan terdakwa bukan hanya terdiri daripada golongan politikus penentang, tetapi juga golongan penulis, pelawak, pelakon, penyanyi sehinggalah model.

Kita boleh membaca berita pada Julai tahun lalu, tentera bawah cengkaman Erdogan telah menangkap lebih 6,000 penentangnya. Namun Erdogan berjaya menggunakan strategi yang hampir sama sepertimana yang pernah digunakan di era Dr Mahathir menjadi perdana menteri dahulu demi terus mengekalkan kuasanya.
Antara lain Erdogan mengambil sikap begitu lantang melaungkan retorik nasionalisme dengan membayangkan dirinya sebagai seorang nasionalis. Erdogan tanpa berselindung akan menghentam mana-mana pihak luar seperti negara-negara Eropah mahupun Amerika Syarikat. Dengan cara itu, maka rakyat akan melihat dia mewakili kepentingan negara walaupun dalam waktu sama sangat mengongkong rakyat sendiri.

Kalau jadi di era Dr M
Bagi menampilkan pula dirinya sebagai seorang pejuang Islam, Erdogan juga menunjukkan kepada majoriti Muslim di Turki bahawa dia adalah wira umat Islam. Dia akan bersuara di dalam setiap isu yang menyentuh sentimen umat Islam daripada nasib masyarakat Rohingya sehinggalah kepada isu ibu kota Israel yang kelmarin akan berpindah dari Tel Aviv ke Jarussalam.
Begitulah imej berdepan dengan musuh luar menjadikan rakyat Turki terpukau atau dapat dilalikan dengan kezaliman dalam negara yang dilakukan Erdogan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :