Tak adil tuduh PH keberatan laksana reformasi dana politik

Tak adil tuduh PH keberatan laksana reformasi dana politik - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak adil tuduh PH keberatan laksana reformasi dana politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak adil tuduh PH keberatan laksana reformasi dana politik
link : Tak adil tuduh PH keberatan laksana reformasi dana politik

Baca juga


Tak adil tuduh PH keberatan laksana reformasi dana politik



Demikianlah Artikel Tak adil tuduh PH keberatan laksana reformasi dana politik

Sekianlah artikel Tak adil tuduh PH keberatan laksana reformasi dana politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak adil tuduh PH keberatan laksana reformasi dana politik dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/tak-adil-tuduh-ph-keberatan-laksana.html
Ong Kian Ming berkata gabungan pembangkang mahukan reformasi pendanaan politik yang holistik dan hasrat itu dimasukkan dalam manifesto mereka.
Muhammad-Faisal-Abdul-Aziz-Saifuddin-Abdullah-Wong-Chin-Huat-Ong-Kian-Ming-mSHAH ALAM: Tidak adil mengatakan Pakatan Harapan (PH) keberatan melaksanakan reformasi berkaitan dengan pendanaan politik, kata Ahli Parlimen DAP Ong Kian Ming.
Beliau mengulas kenyataan ahli ekonomi Prof Terence Gomez yang mempertikaikan keengganan pembangkang menyokong usul mengawal pendanaan parti politik.
Ong di satu forum tentang pembiayaan politik hari ini memberi jaminan gabungan pembangkang memasukkan reformasi politik, termasuk reformasi pendanaan politik, dalam manifesto mereka.
“Mungkin Gomez tidak baca manifesto kami. Kita ada sebut tentang Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA), yang dibangkitkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low.
“Kita dapat mengenalpasti banyak kelemahan – antaranya PDEA tidak holistik dan tidak menyentuh reformasi pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya, di samping pembiayaan politik kepada parti politik.
“Ini menunjukkan PH ada hasrat dan rancangan holistik untuk reformasi institusi politik, termasuk memperkenalkan reformasi tentang pendanaan politik,” katanya di forum anjuran Institut Darul Ehsan (IDEA) hari ini.
Turut menyertai wacana itu ialah Ketua Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah dan penganalisis politik, Wong Chin Huat, dari Penang Institute.
Ong menjawab kenyataan Gomez di suatu forum tentang pendanaan politik minggu lepas di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.
Gomez tidak dapat menghadiri forum hari ini kerana ada urusan lain.
Gomez berkata matlamat cadangan daripada gerakan sivil ialah untuk menyokong parti politik dan pastikan mereka mempunyai dana secukupnya, dengan syarat ia dilakukan secara telus dan diisytiharkan.
“Pembangkang menghabiskan banyak masa mencari wang sehinggakan mereka mungkin tiada masa untuk berbincang dan merangka dasar awam.
“Saya pernah beritahu pemimpin pembangkang bahawa mereka tidak boleh asyik menganjurkan makan malam untuk mengutip dana,” katanya di forum “Pendanaan Parti Politik Oleh Orang Awam: Menghilangkan Sumpahan Politik Wang”.
Gomez dilaporkan berkata cadangan itu termasuk memperkenalkan pendanaan politik untuk parti politik, yang akan mengurangkan kelebihan kewangan Barisan Nasional (BN).
Gabungan pembangkang dikecam sejak Oktober selepas mereka enggan bersetuju dengan PDEA kerana khuatir ia akan digunakan terhadap mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: