Tanah Felda isu terakhir diperjuang Shahrir

Tanah Felda isu terakhir diperjuang Shahrir - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tanah Felda isu terakhir diperjuang Shahrir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tanah Felda isu terakhir diperjuang Shahrir
link : Tanah Felda isu terakhir diperjuang Shahrir

Baca juga


Tanah Felda isu terakhir diperjuang Shahrir



Demikianlah Artikel Tanah Felda isu terakhir diperjuang Shahrir

Sekianlah artikel Tanah Felda isu terakhir diperjuang Shahrir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tanah Felda isu terakhir diperjuang Shahrir dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/tanah-felda-isu-terakhir-diperjuang.html
Sejak dilantik, Shahrir ambil tindakan menyusun semula barisan pengurusan Felda, penstrukturan semula aset serta mengukuhkan kedudukan kewangan organisasi itu.
shahrirKUALA LUMPUR: Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad menganggap usaha mendapatkan kembali tanah Felda yang dipindah milik melalui transaksi diragui adalah isu terakhir untuk diperjuangkannya dalam meletakkan kembali Felda di landasan betul.
Pada temu bual khas dihadiri Bernama di ibu pejabat Felda hari ini, Shahrir berkata isu lain yang menggelincirkan Felda, kini bawah kendalian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mahkamah.
“Nak katakan isu tanah di (Jalan) Semarak ini sebagai yang terakhir, itu betul. Bahkan isu ini paling rumit. Isu lain adalah pembelian Hotel Grand Plaza Kensington Hotel dan hotel di Kuching, (Merdeka Palace Hotel and Suites) itu memang sedang berjalan.
“Kes itu sudah ada yang ditahan dan ada penyiasatan SPRM. Yang baru kita buka ini (tanah) adalah isu terakhir. Semua ini saya buat dalam tempoh tahun pertama saya sebagai pengerusi Felda,” kata beliau.
Sejak dilantik pada 6 Januari, beberapa tindakan dilakukan Shahrir untuk menyusun semula barisan pengurusan Felda, penstrukturan semula aset serta mengukuhkan kedudukan kewangan organisasi itu.
Antara tindakan drastik diambil ialah mengarahkan peletakan jawatan semua ahli lembaga pengarah Felda Investment Corporation (FIC) pada Januari serta penjualan aset seperti kereta mewah dan hotel Grand Plaza Service Apartment di London.
Dua aset milik FIC di London dan Kuching sedang disiasat SPRM atas dakwaan pembelian pada kadar jauh lebih tinggi daripada kadar pasaran, mengakibatkan kerugian kepada anak syarikat Felda itu.
Shahrir berkata sewaktu mula menerima tugas pada Januari bukan sahaja peneroka tidak percaya kepada Felda tetapi pihak bank juga tidak yakin dengan Felda sehingga sukar mendapatkan pembiayaan kewangan.
Tawaran pembiayaan yang datang pula menuntut cagaran berlipat kali ganda nilainya daripada nilai pembiayaan.
“Melihat keadaan ini, kami mengambil keputusan menjual aset yang tidak diperlukan. Apa yang penting, kedudukan kewangan Felda dapat distabilkan segera. Melihat kesungguhan Felda ini, pada Jun lalu, Maybank tawarkan penerbitan sukuk. Saya pun mula-mula tak percaya tetapi inilah bukti bank kembali percaya kepada Felda,” ujar beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: