Usaha Najib pikat minoriti makan diri....

Usaha Najib pikat minoriti makan diri.... - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Usaha Najib pikat minoriti makan diri...., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Usaha Najib pikat minoriti makan diri....
link : Usaha Najib pikat minoriti makan diri....

Baca juga


Usaha Najib pikat minoriti makan diri....

Kamarul Zaman berkata sesetengah orang Islam merasakan Najib Razak tidak menekankan agenda konservatif secukupnya di PAU.
kamarul-zaman-najib-pau2017 Orang Islam konservatif nampaknya tidak gembira dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana beliau dilihat terlalu bertolak ansur dengan golongan minoriti, kata seorang penganalisis politik.
Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia berkata demikian berdasarkan maklum balas yang diterimanya selepas Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
“Umno berisiko kehilangan undi orang Islam konservatif sekiranya perdana menteri tumpu kepada memikat golongan minoriti,” katanya, dan menambah sesetengah orang Islam konservatif tidak gembira dengan kenyataan Najib di perhimpunan parti.
“Beliau dilihat tidak cukup konservatif. Ini kerana dia sekali lagi menukar taktik untuk golongan minoriti.
“Ini tidak seperti selepas PRU13 di mana beliau memberi tumpuan kepada orang Melayu,” kata Kamarul.
Beliau mengulas laporan The Diplomat yang berkata Najib perlu mengimbangi dasar mendahulukan orang Melayu dengan program untuk rakyat minoriti, untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.
Laporan menambah ketika Umno berdepan masalah dalaman dan hal 1MDB mengancam kedudukannya, Najib terpaksa menjenamakan kepimpinannya menjadi kurang liberal dan sederhana, manakala parti bergerak ke arah Islam yang lebih konservatif.
Langkah itu mungkin menyelamatkan kepimpinannya pada masa


Demikianlah Artikel Usaha Najib pikat minoriti makan diri....

Sekianlah artikel Usaha Najib pikat minoriti makan diri.... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Usaha Najib pikat minoriti makan diri.... dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/usaha-najib-pikat-minoriti-makan-diri.html
itu, tetapi kini ia menghantui beliau sebelum PRU14 yang perlu dipanggil pada Jun, menurut laporan itu/
Laporan itu menambah keperluan masyarakat etnik India kebanyakannya diabaikan kerajaan, dan banyak janji yang dibuat pada pilihan raya 2013 belum direalisasikan.
Kamarul bagaimanapun berkata ada cakap-cakap mengatakan orang Islam konservatif merasakan Najib mengubah taktik kerana beliau merasakan orang Melayu bersama Umno.
“Sekarang dia cuba dapatkan sokongan golongan minorti. Tetapi orang Melayu konservatif merasakan seperti diambil mudah,” katanya.
Kamarul berkata walaupun PAS akan bertanding secara bebas, ada kemungkinan mereka bekerjasama dengan Pakatan Harapan pada minit-minit akhir.
“Dalam politik, semua boleh berubah. PAs mungkin tidak bekerjasama dengan PH di seluruh negara tetapi mereka mungkin mahu bekerjasama di kerusi-kerusi tertentu.
“Jadi, beliau terpaksa pilih kumpulan mana yang dia mahu tumpu.
“Dengan sokongan Melayu yang merosot dan kebanyakn mereka menyokong Pakatan, cubaan menarik dan memenangi sokongan bukan Melayu mungkin sia-sia,” katanya.
Umno cuba tutup kelemahan?
Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Tian Chua percaya Umno mungkin akan kembali menggunakan stategi lama iaitu mendekati orang bukan Islam apabila pilihan raya semakin hampir.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :