Judul : Zaman Kleptokrasi: Felda akui transaksi tanah berlaku, tapi tidak terima 1 sen pun
link : Zaman Kleptokrasi: Felda akui transaksi tanah berlaku, tapi tidak terima 1 sen pun
Zaman Kleptokrasi: Felda akui transaksi tanah berlaku, tapi tidak terima 1 sen pun
Demikianlah Artikel Zaman Kleptokrasi: Felda akui transaksi tanah berlaku, tapi tidak terima 1 sen pun
Sekianlah artikel Zaman Kleptokrasi: Felda akui transaksi tanah berlaku, tapi tidak terima 1 sen pun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zaman Kleptokrasi: Felda akui transaksi tanah berlaku, tapi tidak terima 1 sen pun dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/zaman-kleptokrasi-felda-akui-transaksi.html
Pengerusi Shahrir Samad berkata Felda tidak terima sebarang wang daripada syarikat yang membeli tanah itu, yang dianggarkan bernilai RM270 juta.
Bagaimanapun, Pengerusi Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata walaupun transaksi telah berlaku tetapi Felda tidak menerima sebarang wang daripada syarikat yang membeli tanah itu.
“Duit tak ada. RM 1 sen pun tidak bayar. Tiada rekod wang dimasukkan atau dibayar dalam transaksi itu.
“Walaupun dengar dalam surat jual beli tanah itu berjuta-juta tetapi Felda tidak terima wang itu,” katanya pada sidang media mengenai isu pindah milik tanah Felda itu di Menara Felda.
Berita Harian hari ini mendedahkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik itu apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.
Menurut akhbar itu, sumber memberitahu pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila anak syarikat Felda, Felda Investiment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkan tanah itu.
Felda dipengerusikan Tan Sri Isa Samad sehingga Januari lalu. Beliau merupakan pengerusi FIC sejak syarikat itu ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga kini.
Menurut carian BH di Jabatan Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebuah lot tanah seluas 16 hektar menempatkan ibu pejabat lama Felda, Anjung Felda dan Wisma Felda, kini ditukar nama kepada syarikat lain yang ada kaitan dengan pemaju utama itu pada 21 Julai 2016.
Shahrir, yang dilantik menjadi pengerusi Felda 6 Januari lalu, berkata beliau menyedari pertukaran hak milik tanah Felda itu pada Februari tahun ini.
Kerana khuatir terdapat penipuan dalam perjanjian tanah itu, Shahrir mengumumkan Felda, atas nasihat perdana menteri, akan melantik audit luar untuk melakukan siasatan ke atas transaksi itu.
“Selain itu, Felda juga akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sivil di mahkamah terhadap syarikat itu. Felda juga telah membuat laporan polis pada 12 Disember lalu apabila mengesyaki ada berlakunya unsur penipuan,” tambahnya.
Read More / Baca Lagi >>