5 Parlimen 'VIP' di Pahang - apakah kesan domino bakal melanda BN?

5 Parlimen 'VIP' di Pahang - apakah kesan domino bakal melanda BN? - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 5 Parlimen 'VIP' di Pahang - apakah kesan domino bakal melanda BN?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 5 Parlimen 'VIP' di Pahang - apakah kesan domino bakal melanda BN?
link : 5 Parlimen 'VIP' di Pahang - apakah kesan domino bakal melanda BN?

Baca juga


5 Parlimen 'VIP' di Pahang - apakah kesan domino bakal melanda BN?

Dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang bakal menjelang, sejumlah kerusi Parlimen marjinal di bahagian barat Pahang akan menentukan nasib pemimpin utama parti pemerintah dan juga pembangkang.
"Kawasan VIP Pahang" ini dijangka menyajikan pertembungan paling sengit di Semenanjung. Ia merangkumi lima kerusi parlimen - Cameron Highlands, Raub, Temerloh, Bentong dan Bera - yang terletak di pinggir banjaran Titiwangsa.
Begitu sengit sehinggakan kerusi boleh bertukar pihak dengan hanya perubahan lima peratus undi. Malah beberapa di antaranya yang hanya dimenangi dengan kelebihan ratusan undi pada PRU lalu.
Daripada Cameron Highlands sampai ke Bera, kawasan VIP ini menyaksikan nama besar sama ada penyandang mahupun pencabar.
Antaranya anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, naib presidennya Datin Paduka Chew Mewi Fun, dan Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah.
Ismail Sabri dan Liow memegang jawatan menteri kabinet, iaitu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dan Menteri Pengangkutan.
Dari segi geografi, kawasan-kawasan ini memakan masa perjalanan antara satu hingga tiga jam dari Kuala Lumpur. Tidak sedikit pengundi di situ yang bekerja di ibu kota.
Jika pembangkang mendapat momentum pada PRU ke-14, ia boleh mencetuskan kesan domino terhadap BN di kawasan VIP di Pahang, negeri yang sekian lama menjadi pendukung kuat BN (dahulunya Perikatan) sejak PRU pertama dan negeri kelahiran dua perdana menteri - Tun Abdul Razak Hussein dan anaknya, Datuk Seri Najib Razak.

Negeri paling besar di Semenanjung, Pahang memiliki kawasan hutan dan pergunungan yang luas. Ketika Parti Komunis Malaya (PKM) bergerak secara bawah tanah, negeri ini menjadi antara pengkalan utamanya.
PKM menubuhkan Regimen ke-10, yang dianggotai orang Melayu, di Temerloh. Dari satu sudut, ia boleh dilihat sebagai permulaan benih penentangan di negeri itu.
Bagaimanapun, pembangkang tidak akan dengan mudah mewujudkan kesan domino itu.
Ada 14 kerusi Parlimen di Pahang. Pada PRU ke-13, Umno menang di lapan kerusi, manakala MCA dan MIC masing-masing satu kerusi. Di pihak pembangkang, PKR mendapat dua kerusi, dan DAP serta PAS satu kerusi.
Majoriti kurang 500 pada PRU ke-13
Ketika itu, BN menang di Cameron Highlands dan Bentong dengan majoriti kurang 500 undi.
Di Cameron Highlands, pertembungan lima penjuru menyaksikan bekas Presiden MIC Tan Sri G Palanivel menewaskan


Demikianlah Artikel 5 Parlimen 'VIP' di Pahang - apakah kesan domino bakal melanda BN?

Sekianlah artikel 5 Parlimen 'VIP' di Pahang - apakah kesan domino bakal melanda BN? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 5 Parlimen 'VIP' di Pahang - apakah kesan domino bakal melanda BN? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/5-parlimen-vip-di-pahang-apakah-kesan.html
calon DAP M Manogaran dengan kelebihan 462 undi.
Pada PRU ke-14, kawasan parlimen itu turut dijangka menyaksikan pertembungan banyak penjuru, dengan beberapa parti pembangkang telah menyatakan hasrat untuk bertanding.
MIC kemungkinan besar akan mencalonkan ketua pemudanya Sivarraajh Chandran selepas Palanivel digugurkan ekoran tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam parti. Sebuah lagi parti komponen BN, Parti Progresif Penduduk (MyPPP) yang diketuai Datuk Seri M Kayveas turut mensasarkan kerusi itu.

Di pihak pembangkang pula, DAP dijangka sekali lagi mencalonkan Manogaran, manakala Parti Sosialis Malaysia (PSM) menytakan akan meletakkan penyelaras Biro Orang Asli Suresh Kumar untuk bertanding di sana.
Cameron Highlands memiliki 12 peratus pengundi India dan 20 peratus pengundi Orang Asal, dan bakinya pengundi Melayu dan Cina.
Jika berlakunya pertembungan banyak penjuru, tiada pihak yang boleh diramalkan akan muncul sebagai pemenang.
Siapa bakal 'Musang King' Raub?
Raub satu ketika dulu adalah kubu kuat MCA. Menjelang PRU ke-13, bekas Ketua Wanita MCA Tan Sri Ng Yen Yen yang sudah tiga penggal menjadi anggota parlimen di situ digugurkan, dan digantikan dengan bekas exco kanan Pahang Datul Hoh Khai Mun.
"Tsunami Cina" berlaku, dan calon DAP Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz, atau Sakmongol AK47, menang di situ dengan majoriti 2,814 undi.
Namun Ariff (gambar) kemungkinan besar tidak akan mempertahankan kerusinya selepas diserang stroke pada tahun lalu. Sejak itu, Pengerusi DAP Pahang Leong NGah Ngah aktif di kawasan itu.

Leong yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata dijangka akan berhadapan Chew Mei Fun, bekas timbalan Menteri Wanita, Keluaga dan Pembangunan Masyarakat.
Pada 2010, Chew berikrar untuk meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan jika Datuk Seri Chua Soi Lek menjadi presiden MCA. Justeru beliau tidak bertanding pada PRU lalu.
Beliau kembali aktif dalam politik selepas Datuk Seri Liow Tiong Lai menggantikan Chua. Sejak itu, beliau aktif di Raub dan berazam untuk mengembalikan kawasan parlimen itu kepada MCA.
Bentong: Pertarungan hidup mati MCA
Liow sudah menjadi anggota parlimen Bentong hampir 20 tahun, iaitu sejak 1999. Namun pada PRU lalu, presiden MCA itu mempertahankan kerusi tersebut dengan hanya kelebihan 379 undi, berhadapan aktivis alam sekitar Wong Tack.
Ekoran kekalahan tipis itu, Wong Tack dijangka akan kembali bertanding di situ.
Kawasan parlimen ini memiliki 45 peratus pengundi Melayu, 44 peratus pengundi Cina dan sembilan peratus India. Kunci utama untuk Liow kekal di sini bukan sahaja bergantung kepada peralihan sokongan di kalangan pengundi Cina, tetapi juga sama ada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob akan bertanding pada PRU ke-14.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :