APA LAGI NAK SELAMATKAN BN

APA LAGI NAK SELAMATKAN BN - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul APA LAGI NAK SELAMATKAN BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : APA LAGI NAK SELAMATKAN BN
link : APA LAGI NAK SELAMATKAN BN

Baca juga


APA LAGI NAK SELAMATKAN BN



Demikianlah Artikel APA LAGI NAK SELAMATKAN BN

Sekianlah artikel APA LAGI NAK SELAMATKAN BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel APA LAGI NAK SELAMATKAN BN dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/apa-lagi-nak-selamatkan-bn.html
Bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata proses persempadanan semula kawasan pilihan raya juga tidak akan dapat ‘menyelamatkan’ BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Kata Muhyiddin yang kini menjadi presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), tahap penolakan rakyat kepada BN begitu tinggi dan tidak dapat ditahan lagi.
Jika telahan Muhyiddin itu benar, BN mungkin akan hilang Putrajaya pada PRU14 dan digantikan dengan Pakatan Harapan yang sedang mencongak untuk melantik siapa perdana menteri yang baru.
Tetapi, BN juga memiliki beberapa kelebihan lain untuk mendepani PRU14 antaranya kerjasama ‘politik matang’ bersama PAS yang kononnya mempunyai pengaruh di kalangan pengundi Melayu yang besar.
Pertandingan 3 penjuru
Percaturan itu sangat mudah iaitu PAS akan menjadi spoiler atau pengacau untuk memecahbelahkan undi pembangkang dan sekali gus memenangkan Umno dan BN.
Jika percaturan ini menjadi, mungkin BN akan menang di beberapa kerusi yang membabitkan tiga penjuru antara BN, PAS dan HARAPAN.
Namun, mereka yang masih terpengaruh untuk mengundi PAS itu hanyalah ahli-ahli parti Islam itu sahaja dan dengar-dengar kata, tak ramai ahli PAS yang berdaftar sebagai pengundi.
Seperkara lagi, mampukah pengaruh PAS ini mengatasi gerombolan pengundi tanpa parti yang akan turut menyertai PRU14 untuk menyuara serta menzahirkan kebimbangan mereka mengenai apa masa depan Malaysia?
Selain itu, BN juga mungkin menyandarkan harapan pada strategi kitar semula dengan memomokkan DAP sebagai parti anti-Melayu, anti-Islam demi menjauhkan pengundi untuk mengundi HARAPAN.
Dr M persetankan DAP
Namun, setelah Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui beliau sebenarnya orangnya yang mempersetankan DAP dan lebih ramai Melayu kini menyertai DAP, momokan seperti itu kian hilang pengaruhnya.
Lebih ramai mulai sedar sebenarnya, sejak PAS bekerjasama dengan DAP pada PRU13, bahawa DAP tidaklah seburuk yang disangka dan rekod pemerintahan DAP di Pulau Pinang menidakkan segala tohmahan mengenai parti itu.
Mungkin juga, BN terutamanya Umno bersandarkan kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk meraih undi terutama daripada masyarakat luar bandar.
Namun, strategi BR1M mungkin memberi kesan minimum sahaja kerana perbelanjaan harian kian meningkat dengan bantuan tersebut lenyap dalam masa hanya beberapa ketika.
Realitinya, bagaimana pulangan GST yang hanya sekitar 14 peratus dapat membantu golongan berpendapatan rendah sedangkan ‘tangan kanan’ kerajaan mengambil puluhan bilion ringgit tetapi ‘tangan kiri’ pulangkan beberapa juta sahaja.
Isu Felda, MARA
Pada masa yang sama, denyut nadi rakyat yang kian terhimpit dengan lonjakan kos sara hidup makin membara apabila terdengar isu-isu rasuah dan penyelewengan membabitkan pemimpin Umno.
Terbaru, kisah yang didedahkan oleh pemimpin Umno sendiri mengenai ‘kehilangan’ tanah milik Felda bernilai ratusan juta ringgit yang mungkin mengaitkan seorang lagi pemimpin Umno yang pernah dipertanggungjawabkan menjaga agensi terbabit.
Itu belum termasuk skandal-skandal lain yang lebih dekat di hati Melayu seperti Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), urus niaga hartanah milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan isu-isu membabitkan Tabung Haji (TH).
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: