Bangsatkah Melayu tanpa Umno?

Bangsatkah Melayu tanpa Umno? - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bangsatkah Melayu tanpa Umno?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bangsatkah Melayu tanpa Umno?
link : Bangsatkah Melayu tanpa Umno?

Baca juga


Bangsatkah Melayu tanpa Umno?



Demikianlah Artikel Bangsatkah Melayu tanpa Umno?

Sekianlah artikel Bangsatkah Melayu tanpa Umno? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bangsatkah Melayu tanpa Umno? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/bangsatkah-melayu-tanpa-umno.html
SABDA Rasulullah SAW, “Jihad yang paling utama adalah mengutarakan perkataan yang adil di depan penguasa atau pemimpin yang zhalim.” (HR. Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad).
Tahun 2018, genaplah 72 tahun Umno bertapak di bumi bertuah ini. Kita adalah antara parti yang paling lama memerintah sesebuah negara. Anak muda seperti saya pastinya tertanya-tanya, bagaimanakah sebuah parti seperti Umno ini dapat bertahan begitu lama, sedangkan parti konservatif di United Kingdom (UK) yang begitu besar pengaruhnya pun silih berganti dengan parti lain.
Allahyarhamah nenda saya selalu bercerita tentang orang-orang Melayu dahulu yang sanggup melakukan apa sahaja demi parti keramat ini, meskipun selepas kemerdekaan.
Nenda juga bercerita tentang penghormatan yang diberikan oleh kaum-kaum lain kepada Umno. Masih basah di ingatan saya semangat nenda yang berkobar-kobar menceritakan tiadalah mana-mana pihak yang berani menyangkal kehebatan Umno dalam membela nasib orang Melayu.
Umno tidak lagi begitu. Umno bukanlah lagi parti yang dihormati kawan dan disegani lawan. Umno bukan lagi parti yang menggemakan suara ahli-ahlinya. Umno kini adalah sebuah parti yang ekskusif.
Umno bukan lagi parti untuk "Pak Man dan Pak Mat" di kampung, tetapi Umno kini hanyalah untuk golongan elitis, kontraktor-kontraktor terpilih dan usahawan-usahawan yang bakal menjaga kepentinggan sesetengah pemimpin. Golongan inilah yang sedang menentukan hala tuju Umno.
Saya mengenali politik pada usia yang sangat muda. Saya mula peka terhadap politik pada zaman kekalahan Barisan Nasional (BN) di Terengganu.
Ketika itu, orang Umno takut untuk mengaku mereka orang Umno namun apabila menang kembali pada 2004, tiba-tiba ramai yang mencanangkan diri mereka sebagai pendekar  gelombang biru.
Berbeza dengan hari ini, pada saat kita menang dan mempunyai mandat, orang Umno langsung tidak berbangga dengan Umno lagi. Bukan mereka takut tetapi sebetulnya malu untuk mengakui mereka orang dan ahli Umno.
Hal ini terkesan oleh kebobrokan isu dalaman parti yang melibatkan individu-individu tertentu sehinggakan lumpurnya terpalit menjejaskan nama baik dan reputasi Umno sendiri.
Perhimpunan agung Umno baru-baru ini boleh saya sifatkan sebagai perhimpunan Mat Jenin. Matlamat utama parti adalah untuk mendapat kemenangan yang besar untuk pilihan raya akan datang. Apabila ditanya oleh presiden parti bolehkah kita menang, sahutan para perwakilan pastinya “boleh!”.
Namun sepanjang persidangan, berapa kerat yang menyuarakan tentang isu-isu pokok yang sedang melumpuhkan parti? Berapa orang yang berani menyuarakan masalah-masalah dalaman yang dihadapi parti kita ini di peringkat bahagian mahupun pusat?
We are in denial. Kita tahu dan sedar yang parti kita sedang sakit, dimamah kuman setiap hari namun kita masih belum bersedia untuk mengakui kita berpenyakit dan segera mendapatkan rawatan.
Apakah usaha kita dalam memperkuatkan parti? Apakah usaha kita untuk meredakan kemarahan rakyat? Apakah ini semua tidak perlu dibincangkan? Apakah menjaja perpecahan parti lawan lebih penting?
Adakah strategi perang kali ini adalah dengan membina kekuatan di atas kelemahan orang lain? Bukan itu sahaja, di persidangan ini juga kita menampakkan kita ini "desperado", begitu terdesak untuk bergantung pada PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: