Dr M: Mufti sanggup isytihar ajaran Arqam sesat tapi bisu Amanat Hadi

Dr M: Mufti sanggup isytihar ajaran Arqam sesat tapi bisu Amanat Hadi - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr M: Mufti sanggup isytihar ajaran Arqam sesat tapi bisu Amanat Hadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr M: Mufti sanggup isytihar ajaran Arqam sesat tapi bisu Amanat Hadi
link : Dr M: Mufti sanggup isytihar ajaran Arqam sesat tapi bisu Amanat Hadi

Baca juga


Dr M: Mufti sanggup isytihar ajaran Arqam sesat tapi bisu Amanat Hadi



Demikianlah Artikel Dr M: Mufti sanggup isytihar ajaran Arqam sesat tapi bisu Amanat Hadi

Sekianlah artikel Dr M: Mufti sanggup isytihar ajaran Arqam sesat tapi bisu Amanat Hadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr M: Mufti sanggup isytihar ajaran Arqam sesat tapi bisu Amanat Hadi dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/dr-m-mufti-sanggup-isytihar-ajaran.html
Amanat Hadi menyebabkan perpecahan dan sehingga hari ini ada yang percaya orang Umno yang tidak menyertai PAS adalah kafir.

PETALING JAYA: Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kritikan terhadap mufti yang membisu dalam isu “Amanat Hadi”.
Ini kerana kegagalan para mufti menangkis secara berkesan perbuatan politik Hadi menyebabkan amanat itu telah memesongkan agama orang Islam, katanya.
“Oleh kerana mufti tidak memberi pendapat tentang pengkafiran ini, walaupun sanggup menafikan ajaran sesat Arqam Ashaari, Ayah Pin dan beberapa tokoh lain maka ramai orang Islam percaya dan taksub dengan dakwaan Hadi dan PAS.
“Sehingga ke hari ini mufti tidak menolak dakwaan PAS dan Hadi. Di Terengganu masih ada orang Islam yang percaya bahawa orang Umno dan orang lain yang tidak menyertai PAS adalah kafir,” katanya dalam satu surat kepada Utusan hari ini.
Bekas perdana menteri itu mengingatkan Amanat Hadi meninggalkan kesan yang besar pada masyarakat, sehinggakan sesetengah pihak mendakwa ibu bapa sendiri sebagai kafir dan berkahwin sekali lagi.
“Ada yang tolak makan sembelihan orang Umno sebagai haram, sembahyang berasingan imam, mendirikan masjid sendiri dan bermacam-macam lagi kerana kononnya kerajaan Malaysia kafir dan orang yang tidak sertai PAS kafir,” katanya.
“Semua ini dilaporkan oleh Utusan dahulu,” tambahnya.
Beliau menjawab laporan Utusan di mana akhbar itu melaporkan bekas perdana menteri itu menggelarkan para mufti sebagai kafir.
Dr Mahathir dalam suratnya menjelaskan ucapannya 30 Disember tahun lepas di mesyuarat agung tahunan pertama PBBM di Shah Alam, dan berharap Utusan memasukkan penjelasannya dalam akhbar terbitan mereka.
“Apa yang saya kata ialah jika mufti tidak menolak dakwaan PAS dan amanat Hadi, bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir menjadi kafir, maka mufti juga akan jadi kafir kerana mereka tidak menyatakan penolakan mereka.
“Hakikatnya ialah jika orang bukan PAS termasuk saya dianggap kafir, maka mufti juga boleh dikatakan kafir kerana tidak menyertai PAS. Jika amanat Hadi diterima, mufti bekerja dan menjadi pegawai dalam kerajaan dalam kerajaan kafir. Benarkah?”
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: