'Hadi angkuh, khianati kerajaan Selangor'

'Hadi angkuh, khianati kerajaan Selangor' - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Hadi angkuh, khianati kerajaan Selangor', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Hadi angkuh, khianati kerajaan Selangor'
link : 'Hadi angkuh, khianati kerajaan Selangor'

Baca juga


'Hadi angkuh, khianati kerajaan Selangor'

Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti Islam itu mahu memimpin Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) disifatkan sebagai angkuh selain mengkhianati kerajaan Selangor.
Setiausaha AMK Selangor Syed Badli Syed Osman berkata, PAS seharusnya mempertahankan pentadbiran sedia ada selaras dengan hasrat Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengekalkan keharmonian dan muafakat dalam kerajaan negeri.
"Malangnya hari ini Presiden PAS menyebut tanpa selindung bahawa mereka ingin mengetuai pemerintahan kerajaan negeri Selangor selepas PRU14.
"Kenyataan ini seolah-olah menidakkan muafakat kerjasama antara PAS dan parti-parti komponen lain yang bergabung membentuk kerajaan di negeri Selangor sekian lama.
"Malah kenyataan ini juga ibarat mengkhianati kepercayaan yang telah


Demikianlah Artikel 'Hadi angkuh, khianati kerajaan Selangor'

Sekianlah artikel 'Hadi angkuh, khianati kerajaan Selangor' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Hadi angkuh, khianati kerajaan Selangor' dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/hadi-angkuh-khianati-kerajaan-selangor.html
diberikan kepada PAS untuk sama-sama memperkukuh pentadbiran kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan media.
Semalam Abdul Hadi pada sidang media di Perhimpunan Fastaqim 2.4 di Shah Alam memberitahu wartawan bahawa PAS merancang untuk membentuk kerajaan di Selangor, tetapi sedang memikirkan berapa kerusi yang akan ditandinginya.
Ketika ditanya siapa yang akan menjadi calon pilihan PAS sebagai menteri besar Selangor, Abdul Hadi berkata ia masih terlalu awal untuk diputuskan sebelum pilihan raya umum.
"Kita tidak membuat sesuatu hukuman andaian. Calon menteri besar ini andaian. Nanti (kalau) calon dia kalah?" katanya.
Menurut Syed Badli PAS seharusnya menyedari bahawa kerajaan negeri Selangor hari ini terbentuk kerana muafakat antara PKR, DAP dan PAS selepas mendapat mandat pada PRU12 yang lalu.
"Kerajaan ini kemudian diperkuat dengan kehadiran rakan sekutu dari AMANAH.
"Ternyata kenyataan angkuh yang dizahirkan di hadapan ratusan penyokong PAS pada himpunan Fastaqim di Shah Alam, bertujuan untuk menghancurkan keharmonian kerajaan yang telah terbina," katanya.
Justeru katanya, sudah sampai masanya PAS berundur secara terhormat daripada kerajaan negeri setelah hasrat itu dizahirkan Abdul Hadi.
"Saya yakin Pakatan Harapan bersedia untuk mempertahankan kerajaan negeri dan seterusnya melonjakkan kejayaan sehingga ke Putrajaya," katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :