Hudud Kelantan berdasarkan Qatar sembang Mohd Amar

Hudud Kelantan berdasarkan Qatar sembang Mohd Amar - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hudud Kelantan berdasarkan Qatar sembang Mohd Amar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hudud Kelantan berdasarkan Qatar sembang Mohd Amar
link : Hudud Kelantan berdasarkan Qatar sembang Mohd Amar

Baca juga


Hudud Kelantan berdasarkan Qatar sembang Mohd Amar



Demikianlah Artikel Hudud Kelantan berdasarkan Qatar sembang Mohd Amar

Sekianlah artikel Hudud Kelantan berdasarkan Qatar sembang Mohd Amar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hudud Kelantan berdasarkan Qatar sembang Mohd Amar dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/hudud-kelantan-berdasarkan-qatar.html
Kerajaan Kelantan membayangkan hudud di negeri itu mungkin akan mencontohi kaedah yang dilaksanakan Qatar.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehinya, Qatar merupakan model terbaik dalam pelaksanaan hukuman itu.
"Baru-baru ini menteri besar minta kita pergi ke Qatar dan Arab Saudi untuk melihat bagaimana hukuman ini dilaksanakan.
"Saya mendapat maklumat, Qatar adalah yang terbaik dalam pelaksanaan undang-undang hudud," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Amanat Khas Tahun 2018 dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
Kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta setahun bagi persediaan melaksanakan undang-undang itu, termasuk untuk mengadakan mesyuarat, kajian dan lawatan sambil belajar.
"Jadi kita buat seminar, bengkel, panggil pakar-pakar. Jangan salah faham, duit itu digunakan bukan untuk baiki mahkamah," katanya lagi.
Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam atau hudud sememangnya menjadi hasrat PAS sejak sekian lama.

Pada 19 Mac lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (pindaan 1993).
Namun, enakmen itu gagal dilaksanakan ekoran had hukuman syariah yang ditetapkan dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Justeru PAS menerusi presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), RUU355, bagi meningkatkan had hukuman tersebut, dan sehingga kini ia masih lagi menjadi isu utama berkenaan PAS.
Qatar lebih moden
Mohd Amar berkata pelaksanaan hudud di Qatar lebih moden berbanding Arab Saudi, misalnya perbicaraan di sana memiliki dokumentasi yang baik.
"Di Arab Saudi tak ada dokumentasi, dalam kepala hakim saja. Sebab hakim ini alim, semua benda dalam kepada dia," katanya yang juga naib presiden PAS.
Beliau sekali lagi menegaskan, jika undang-undang itu berjaya dilaksanakan, kerajaan akan menggunakan khidmat pakar bedah bagi melaksanakan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri.
"Mengikut pandangan ulama' zaman sekarang, khidmat pakar bedah dibenarkan dan tidak perlu menggunakan 'algojo' bagi mengelakkan kerosakan anggota lain," katanya.
Namun pada 2014, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata penggunaan pakar bedah untuk tujuan itu melanggar etika perubatan.

Subscribe to receive free email updates: