Jadi itu bukan siasatan ke, soal Hanipa Maidin

Jadi itu bukan siasatan ke, soal Hanipa Maidin - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jadi itu bukan siasatan ke, soal Hanipa Maidin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jadi itu bukan siasatan ke, soal Hanipa Maidin
link : Jadi itu bukan siasatan ke, soal Hanipa Maidin

Baca juga


Jadi itu bukan siasatan ke, soal Hanipa Maidin



Demikianlah Artikel Jadi itu bukan siasatan ke, soal Hanipa Maidin

Sekianlah artikel Jadi itu bukan siasatan ke, soal Hanipa Maidin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jadi itu bukan siasatan ke, soal Hanipa Maidin dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/jadi-itu-bukan-siasatan-ke-soal-hanipa.html
Peguam Mohamed Hanipa Maidin mempertikaikan kenyataan Bukit Aman yang kononnya pihak polis tidak menyiasat, sebaliknya hanya mengambil keterangan daripada Tun Dr Siti Hasmah Ali berhubung pembabitannya dalam perhimpunan ‘Wanita Bantah Politik Toksik' September tahun lalu.
“Jujurnya, saya keliru. Bukankan apabila polis ambil keterangan Dr Hasmah di bawah seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) itu adalah sebahagian daripada proses siasatan jenayah?

“Di bawah seksyen 112 CPC, hanya polis yang siasat kes IO (pegawai menyiasat) sahaja yang boleh ambil keterangan Dr Hasmah. Jadi, itu bukan siasatan ke?” soalnya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini. Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd yang menafikan isteri Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad itu sedang disiasat dan memberi amaran kepada pihak-pihak yang cuba memanipulasi keadaan itu.
Mengulas lanjut, Hanipa yang juga adalah ahli parlimen Sepang berkata, mengarahkan Dr Siti Hasmah untuk memberi keterangan bukan menjadi kesalahan tetapi isunya, kenapa hanya isteri bekas perdana menteri itu sahaja yang dipanggil.
Satu intimidasi
“Sedangkan saya percaya ramai lagi individu lain yang juga hadir dalam Himpunan Unggu itu. Itu isunya tuan. Dan itulah yang orang ramai tafsir ia satu (bentuk) intimidasi.
“Kalau Dr M tak kuat hentam MO1 dan masih dalam Umno , Dr Hasmah kena panggil tak?” soalnya, merujuk kepada individu yang dinamakan sebagai Malaysian Official 1 atau MO1 yang disebut dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri DatukAbdul Rahman Dahlan kemudian mengesahkan MO1 adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Saman itu bertujuan menyita aset di negara itu yang didakwa diperolehi melalui penyelewengan dana 1MDB.Najib sebelum ini menafikan terlibat menyelewengkan dana 1MDB, dan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga membersihkannya daripada sebarang salah laku.

Mengulas lanjut, pemimpin AMANAH itu secara sinis membidas tindakan polis itu.
“Disuruh pergi ke balai polis warga emas, lepas tu wanita lagi, sudah tentu tak sama dengan disuruh ambil BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia) misalnya.
“Yang pertama dikira macam intimidasi, yang kedua pula ditafsir ada orang nak kasi.
“Lagi satu orang juga keliru awat isteri orang yang beli belian daripada wang kleptokrasi tak pula dipanggil polis untuk beri keterangan?” soalnya, sekali lagi dipercayai merujuk kepada saman DOJ berhubung berlian merah jambu dan rantai yang didakwa dibeli dengan dana 1MDB.
Dalam saman sivil pelucuthakan pada 16 Jun tahun lalu, DOJ berkata sekurang-kurangnya AS$27.3 juta digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri MO1.

Subscribe to receive free email updates: