Judul : JANGAN BERLEBIH-LEBIHAN MENONJOLKAN AZMIN, PASTIKAN MENANG DI SELANGOR DULU SEBELUM MAHUKANNYA JADI PERDANA MENTERI
link : JANGAN BERLEBIH-LEBIHAN MENONJOLKAN AZMIN, PASTIKAN MENANG DI SELANGOR DULU SEBELUM MAHUKANNYA JADI PERDANA MENTERI
JANGAN BERLEBIH-LEBIHAN MENONJOLKAN AZMIN, PASTIKAN MENANG DI SELANGOR DULU SEBELUM MAHUKANNYA JADI PERDANA MENTERI
Tiga suara berbeza, tapi tujuannya adalah sama.
Katanya, setelah 20 tahun berjuang, gabungan itu masih tidak mampu memilih calon sendiri sedangkan kemenangan pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang sebelum ini dicapai tanpa bantuan daripada Bersatu.
Bekas Ketua Pemuda PKR dan bekas Senator, Ezam Mohd Nor menyifatkan keputusan Pakatan Harapan memilih Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menterinya sebagai langkah tidak tepat dan mengundur ke belakang.
Sebaliknya kata beliau, Pakatan Harapan mempunyai ramai calon muda berwibawa yang boleh diketengahkan bagi mengisi jawatan tersebut.
PKR Selangor melalui Ketua Biro Komunikasinya, Hizwan Ahmad pula menegaskan, zaman baru memerlukan tokoh segar untuk membawa keluar Malaysia daripada kepompong kerosakan oleh UMNO dan BN.
Sehubungan itu, PKR Selangor menarik kembali pendirian terhadap pencalonan Tun Mahathir dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebagaimana yang diumumkan oleh Pakatan Harapan semalam.
Demikianlah Artikel JANGAN BERLEBIH-LEBIHAN MENONJOLKAN AZMIN, PASTIKAN MENANG DI SELANGOR DULU SEBELUM MAHUKANNYA JADI PERDANA MENTERI
Sekianlah artikel JANGAN BERLEBIH-LEBIHAN MENONJOLKAN AZMIN, PASTIKAN MENANG DI SELANGOR DULU SEBELUM MAHUKANNYA JADI PERDANA MENTERI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel JANGAN BERLEBIH-LEBIHAN MENONJOLKAN AZMIN, PASTIKAN MENANG DI SELANGOR DULU SEBELUM MAHUKANNYA JADI PERDANA MENTERI dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/jangan-berlebih-lebihan-menonjolkan.html
style="font-family: ".SFUIDisplay";">Daripada ketiga-tiga suara itu, baik yag berterus-terang atau berselindung, yang nyatanya mereka lebih mahukan Azmin Ali dinobatkan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan berbanding Tun Mahathir.
Memang tidak dinafikan bahawa Azmin ada kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri, selain pemimpin yang sudah lama berjuang bersama PKR, tetapi harus diakui juga beliau belum cukup kekuatan untuk menumbangkan Najib Razak, UMNO dan BN.
Masanya untuk beliau menjadi Perdana Menteri bukanlah sekarang, tetapi mungkin dalam tempoh lima atau sepuluh tahun akan datang.
Itu pun, prasyarat untuk Azmin boleh diletakkan sebagai Perdana Menteri pada masa depan ialah Najib, UMNO dan BN mesti dikalahkan terlebih dahulu.
Di sinilah pentingnya peranan dan ketokohan Tun Mahathir sebagaimana yang sudah dipersetujui oleh Pakatan Harapan, bukan saja memilihnya sebagai pengerusi gabungan pembangkang, malah sebagai calon Perdana Menteri bagi membuah dan membuakkan keyakinan di kalangan pengundi pelbagai kaum.
Dalam keadaan sekarang, oleh kerana Anwar belum bebas daripada penjara, hanya Tun Mahathir watak yang sesuai dan digeruni oleh Najib.
Oleh kerana Pakatan Harapan benar-benar mahu melihat Najib ditumbangkan, itulah sebabnya mereka akhirnya membuat keputusan memilih Tun Mahathir dan kemudian semua parti sedia bertolak ansur dari segi pembahagian kerusi.
Read More / Baca Lagi >>