Jika kita berhenti bersuara negara akan hancur

Jika kita berhenti bersuara negara akan hancur - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jika kita berhenti bersuara negara akan hancur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jika kita berhenti bersuara negara akan hancur
link : Jika kita berhenti bersuara negara akan hancur

Baca juga


Jika kita berhenti bersuara negara akan hancur



Demikianlah Artikel Jika kita berhenti bersuara negara akan hancur

Sekianlah artikel Jika kita berhenti bersuara negara akan hancur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jika kita berhenti bersuara negara akan hancur dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/jika-kita-berhenti-bersuara-negara-akan.html
PADA hari rakyat Malaysia berhenti bersuara dan meluahkan pandangan mereka adalah hari negara akan hancur, kata peguam dan aktivis terkenal, Siti Zabedah Kasim.
Beliau yang lebih dikenali dengan nama Siti Kasim berkata demikian susulan penahanan dan soal siasat aktivis sosial Sarajun Hoda Abdul Hassan dua hari lalu.
Jika rakyat Malaysia berdiam diri, mereka tidak akan tahu hala tuju negara ini, dan tidak akan ada mekanisme semak dan imbang ke atas pihak berkuasa, tambah Siti Kasim yang juga merupakan aktivis hak asasi manusia itu.
“Dalam masyarakat yang matang membangun, apa sahaja yang diucapkan oleh seseorang perlulah ditadbir dengan pertimbangan sama ada ianya fitnah bertulis atau diucapkan; malah itupun perlulah dipastikan ia dilakukan dengan niat jahat. Selain itu kebebasan bersuara perlulah dijunjung,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Siti Kasim adalah antara aktivis sosial yang berkumpul di luar Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur apabila Sarajun Hoda dibebaskan selepas tengah malam Selasa.
Sarajun, seorang ahli Aliran dan bekas timbalan pengerusi Bersih 2.0 ditahan lewat petang Isnin berkaitan catatan Facebook yang ditulisnya Julai tahun lepas.
Dia memberitahu The Malaysian Insight yang catatan “menyinggungnya” itu adalah berkaitan isu tauliah penceramah yang perlu mendapatkan kelulusan jabatan agama Islam negeri sebelum menyampaikan ceramah di masjid.
Dia disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang berkaitan kesalahan mengucapkan kata-kata yang boleh menyakiti perasaan beragama orang lain, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang berkaitan kesalahan menggunakan perkhidmatan jaringan internet untuk menghebahkan sebarang bentuk komunikasi yang dianggap menyinggung.
Siti Kasim berkata sebuah negara hanya akan berkembang maju jika rakyatnya boleh bersuara tanpa bimbang atau takut dikenakan tindakan.
“Banyak kumpulan Melayu terlebih sensitif. Jadi bila ada kenyataan dibuat (yang tidak dipersetujui) mereka akan buat laporan polis.
“Ia macam trend. Kumpulan Islam yang buat laporan polis terhadap orang yang tidak sama pemikiran seperti mereka,” katanya.
Siti Kasim mengatakan beliau tidak boleh mendakwa penahanan Sarajun Hoda adalah usaha melemahkan aktivis memandangkan pilihan raya umum yang semakin hampir kerana ia sesuatu yang tidak dapat dipastikan.
Bagaimanapun, beliau menambah yang rakyat perlu terus bersuara dan meluahkan apa yang mereka rasa.

Subscribe to receive free email updates: