Kalau tak bangga jadi rakyat Malaysia, keluar, kata PM Umno

Kalau tak bangga jadi rakyat Malaysia, keluar, kata PM Umno - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kalau tak bangga jadi rakyat Malaysia, keluar, kata PM Umno, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kalau tak bangga jadi rakyat Malaysia, keluar, kata PM Umno
link : Kalau tak bangga jadi rakyat Malaysia, keluar, kata PM Umno

Baca juga


Kalau tak bangga jadi rakyat Malaysia, keluar, kata PM Umno



Demikianlah Artikel Kalau tak bangga jadi rakyat Malaysia, keluar, kata PM Umno

Sekianlah artikel Kalau tak bangga jadi rakyat Malaysia, keluar, kata PM Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kalau tak bangga jadi rakyat Malaysia, keluar, kata PM Umno dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/kalau-tak-bangga-jadi-rakyat-malaysia.html
PERDANA Menteri Najib Razak hari ini mengkritik mereka yang tidak berbangga menjadi rakyat Malaysia dan menyifatkan individu berkenaan tidak patriotik.
Tanpa menamakan sesiapa secara khusus, kritikan perdana menteri itu timbul ketika kenyataan kontroversi timbalan presiden Bersatu, Mukhriz Mahathir yang berkata beliau tidak berbangga mengaku menjadi rakyat Malaysia.
“Janganlah kita tak bangga jadi rakyat Malaysia, kalau tak bangga orang Kedah cakap pi lah, pi jauh-jauh lah," katanya ketika berucap pada program pertemuan perdana menteri dengan penjawat awam di Wisma Persekutuan, Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Pada Jumaat, akhbar Sinar Harian melaporkan Mukhriz didakwa berkata beliau lebih rela mengaku sebagai rakyat Brunei ketika berada di luar negara kerana imej Malaysia semakin terjejas di mata dunia.
Bagaimanapun, Mukhriz menyelar laprian berkenaan dan mendakwa ia disalahertikan dan berkata, beliau hanya menyuarakan perasaan rakyat Malaysia secara umum ketika berdepan kritikan masyarakat asing.
"Waktu pi luar negara atau umrah dan ditanya dari negara mana, kita malu dan terpaksa mengaku dari Brunei sebab Malaysia banyak masalah.
"Bila jawab Malaysia, orang akan tanya kenapa negara cukup bermasalah, dahulu cukup hebat dan gah, tetapi hari ni cukup teruk," Mukhriz dipetik sebagai berkata.
Pada sesi pertemuan dengan kira-kira 10,000 penjawat awam di Kelantan, Najib turut mengecam keluarga Mukhriz dan mendakwa mereka kaya hasil daripada bapa mereka, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Tak payah di sini keluarga dia dah kaya, abang dia ada kereta mewah 23 buah tersenarai orang terkaya di Malaysia apa lagi nak. Dapat kontrak pertronas berbilion,” katanya
Anak kedua Dr Mahathir, Mokhzani disenaraikan oleh Forbes sebagai orang terkaya ke-34 Malaysia dengan kekayaan bernilai AS$240 juta. Beliau juga mempunyai kepentingan dalam syarikat minyak dan gas Kencana Petroleum.

Subscribe to receive free email updates: