Kesedihan selubungi perjumpaan AMANAH Wilayah Persekutuan

Kesedihan selubungi perjumpaan AMANAH Wilayah Persekutuan - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kesedihan selubungi perjumpaan AMANAH Wilayah Persekutuan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kesedihan selubungi perjumpaan AMANAH Wilayah Persekutuan
link : Kesedihan selubungi perjumpaan AMANAH Wilayah Persekutuan

Baca juga


Kesedihan selubungi perjumpaan AMANAH Wilayah Persekutuan



Demikianlah Artikel Kesedihan selubungi perjumpaan AMANAH Wilayah Persekutuan

Sekianlah artikel Kesedihan selubungi perjumpaan AMANAH Wilayah Persekutuan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kesedihan selubungi perjumpaan AMANAH Wilayah Persekutuan dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/kesedihan-selubungi-perjumpaan-amanah.html
Suasana sedih menyelubungi pertemuan pemimpin Parti Amanah Nasional (AMANAH) bersama anggota parti bahagian Wilayah Persekutuan yang berlangsung pada semalam.
Walaupun dengan suasana pilu itu, perjumpaan yang berlangsung kira-kira dua jam itu berjalan secara harmoni.
Perjumpaan itu diadakan berikutan AMANAH tidak diperuntukkan walau satu kerusi parlimen di Kuala Lumpur pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, yang mungkin akan dijalankan dalam masa seratus hari lagi.
Menurut sumber yang enggan namanya disiarkan, suasana hiba bermula apabila seorang anggota parti menitiskan air mata ketika menyuarakan rasa terkilannya terhadap keputusan pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.
"Ada yang telah berkempen sejak AMANAH ada di wilayah (Kuala Lumpur). Saya rasa (mereka) menangis bukan sebab marah, tetapi kerana telah berkorban begitu banyak," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut seorang lagi sumber yang hadir pada pertemuan semalam, hampir semua anggota wanita dan sebahagian anggota lelaki menangis ketika individu itu sedang bercakap.
Para pemimpin pula kelihatan sebak dan mencatat cadangan yang diberikan individu itu dan mereka menerima secara terbuka perkara yang dibangkitkan, kata sumber itu lagi.
Antara pemimpin yang hadir adalah Presiden Mohamad Sabu; Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan, Dr Hatta Ramli; Pengarah Strategik Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Komunikasi Khalid Samad, Ketua Pemuda Mohd Sany Hamzan dan Ketua AMANAH Wanita Dr Siti Mariah Mahmud.
Terdahulu, AMANAH Wilayah Persekutuan menggesa sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen di Kuala Lumpur diberikan kepada parti itu.
Selain AMANAH Wilayah Persekutuan, turut tidak berpuas hati adalah AMANAH Perak yang diperuntukkan empat kerusi Parlimen dan AMANAH Johor dengan dua kerusi Parlimen.

Konvensyen Ahad lalu mengumumkan BERSATU akan bertanding di 52 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, manakala PKR bertanding di 51 kerusi dan AMANAH 27 kerusi.
Bukan menangis berjemaah
Khalid Samad ketika dihubungi berkata, beliau turut sedih semasa pertemuan semalam.
"Mereka (anggota parti) menangis sebab tak ada kerusi di Wilayah. Sedih memanglah sedih tapi tak adalah sampai kita semua menangis berjemaah," katanya (gambar) berseloroh.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: