Konvensyen 7 Januari diteruskan, kata sepakat besar bagi Pakatan

Konvensyen 7 Januari diteruskan, kata sepakat besar bagi Pakatan - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Konvensyen 7 Januari diteruskan, kata sepakat besar bagi Pakatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Konvensyen 7 Januari diteruskan, kata sepakat besar bagi Pakatan
link : Konvensyen 7 Januari diteruskan, kata sepakat besar bagi Pakatan

Baca juga


Konvensyen 7 Januari diteruskan, kata sepakat besar bagi Pakatan



Demikianlah Artikel Konvensyen 7 Januari diteruskan, kata sepakat besar bagi Pakatan

Sekianlah artikel Konvensyen 7 Januari diteruskan, kata sepakat besar bagi Pakatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Konvensyen 7 Januari diteruskan, kata sepakat besar bagi Pakatan dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/konvensyen-7-januari-diteruskan-kata.html
PERSETUJUAN meneruskan Konvensyen Pakatan Harapan (PH) pada 7 Januari adalah kata sepakat besar yang berjaya dicapai oleh mesyuarakat Majlis Presiden PH petang semalam, susulan perdebatan hangat antara pemimpinnya beberapa hari sebelum ini, kata beberapa pemimpinnya.
Pada sidang media selepas mesyuarat, Ketua Sekretariat PH, Saifudin Abdullah turut memaklumkan lokasi konvensyen yang akan berlangsung di Shah Alam.
Menurut sumber, dua isu pokok yang menjadi topik perdebatan itu adalah mengenai calon perdana menteri dan pembahagian kerusi antara parti yang akan menjadi pengumuman utama semasa konvensyen itu.
PKR menuntut agar mereka diberikan kerusi paling banyak dalam pembahagian kerusi antara parti PH sebagai syarat untuk membolehkan mereka bersetuju dengan cadangan Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika PH memenangi Pilihan Raya Utama ke-14 (PRU14) nanti.
Namun begitu, Bersatu tidak bersetuju pembahagian kerusi dikaitkan dengan cadangan Dr Mahathir sebagai calon PM, kata sumber itu.
Ekoran itu, ada yang mengugut jika gagal menyelesaikan isu calon PM dan pembahagian kerusi maka konvensyen perlu dibatalkan, katanya.
Pihak paling lega dengan keputusan mesyuarat semalam adalah Syed Ibrahim Syed Noh, ketua Penerangan PKR yang merupakan pengarah konvensyen.
"Alhamdulillah konvensyen akan diteruskan 7 Januari ini sebagaimana diumumkan sidang media tadi," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat.
Namun, ia masih belum menyelesaikan sepenuhnya halangan yang dihadapi PH apabila mesyuarat itu tidak berjaya menyelesaikan kedua-dua isu penting itu.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil ketika ditemui The Malaysian Insight selepas mesyuarat, menggambarkan perbincangan hangat yang berlangsung.
"Umpama tajuk novel Allahyarham Shahnon Ahmad, Ranjau Sepanjang Jalan," katanya, merujuk kepada sasterawan negara dan bekas ahli Parlimen PAS di Sik, Kedah yang meninggal dunia baru-baru ini.
Menurut Fahmi, mesyuarat itu berjaya membuka jalan untuk menyelesaikan kedua-dua isu berkenaan, walaupun belum berjaya diselesaikan sepenuhnya.
"Mesyuarat sudah nampak jalan penyelesaian itu walaupun belum selesai sepenuhnya lagi. Ia sesuatu yang melegakan," katanya.
Keputusan siapa calon PM PH belum dimuktamadkan sepenuhnya lagi manakala pembahagian kerusi tinggal tidak sampai 20 kerusi lagi yang belum selesai, katanya.
"Kita harap kedua-duanya dapat diselesaikan sebelum konvensyen 7 Januari ini atau sejurus selepas itu," kata Fahmi.

Subscribe to receive free email updates: