Mak cik bawang dan tabib kunyit dalam HARAPAN

Mak cik bawang dan tabib kunyit dalam HARAPAN - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mak cik bawang dan tabib kunyit dalam HARAPAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mak cik bawang dan tabib kunyit dalam HARAPAN
link : Mak cik bawang dan tabib kunyit dalam HARAPAN

Baca juga


Mak cik bawang dan tabib kunyit dalam HARAPAN

Kejayaan - kata orang - biasanya terbina daripada rembesan air mata, keringat dan perasaan yang dijeruk untuk beberapa lama.
Tidaklah keterlaluan untuk mengandaikan penyokong Pakatan Harapan - terutama daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) - memenuhi syarat berkenaan sebelum, semasa dan selepas muafakat mereka disahkan di Shah Alam pada Ahad lalu.
Memang ada banyak orang dan banyak sebab air mata menitis di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam, ketika Datuk Saifuddin Abdullah membacakan ketetapan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PKR, DAP dan AMANAH.
Secara umumnya ia boleh disimpulkan dengan satu perkataan mudah: terharu. Cuma alasan rasa terharu itulah yang rencam. Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ada sebab untuk terharu. Mungkin kerana Dr Mahathir dijadikan peraturan 'hidup mati' HARAPAN untuk menguasai Putrajaya.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula ada sebab juga untuk terharu. Paling tidak, calon timbalan perdana menteri itu berasa tersentuh dengan rasa terharu Dr Siti Hasmah yang duduk di sebelahnya.
Namun di belakang mereka lebih ramai yang menitiskan air mata. Semuanya terharu, cuma faktor yang mencetuskan perasaan itulah yang berbeza-beza.
Salahuddin Ayub - misalnya - mungkin tersentuh dengan keazaman HARAPAN mendepani BN (atau dulunya Perikatan) yang tidak pernah kalah-kalah sejak merdeka.
Tapi kalau timbalan presiden AMANAH itu terharu kerana sebab lain pun tidaklah aneh sangat.
Jual nama polan, anu
Khabarnya konvensyen berkenaan menjadi galang ganti parti-parti dalam HARAPAN untuk mencari titik persamaan dalam rundingan mereka.
Antara yang paling sensitif tentulah pembahagian kerusi. Ia membabitkan maruah. Gilalah kalau ada parti politik membiarkan mereka tidak diberi pengagihan kerusi dalam sesuatu pilihan raya.
Semasa perbincangan pembahagian kerusi itu PKR, AMANAH, DAP dan BERSATU hadir dengan hujah dan tuntutan masing-masing. Antara hujah itu - kata angin yang berbisik - ialah nama-nama individu atau pertubuhan tertentu yang menjadi tempat sandar hujah setiap parti.
Ketika perbincangan berlangsung


Demikianlah Artikel Mak cik bawang dan tabib kunyit dalam HARAPAN

Sekianlah artikel Mak cik bawang dan tabib kunyit dalam HARAPAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mak cik bawang dan tabib kunyit dalam HARAPAN dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/mak-cik-bawang-dan-tabib-kunyit-dalam.html
dalam premis yang tertutup memang sedap menjaja nama si polan dan si anu untuk menjadi asas tuntutan. Entah benar entah tidak.
Tapi itulah. Persetujuan dalam terpaksa itu akhirnya termeterai. Ia memerlukan jiwa yang "besar" untuk menjadi kenyataan. Cuma maksud "besar" itu adalah bersifat relatif antara satu parti dengan parti yang lain.
Anda terlalu bendul jika menyangka masalah sudah selesai dengan persefahaman berkenaan. Umpama bidalan lama, pahat boleh berbunyi apabila rumah sudah siap.
Pahat dan penukul itu - dalam bahasa anak muda millennial - kini bolehlah dianggap laksana mak cik-mak cik bawang. Nampak macam mengurang tidak melebih ada.

Memang mustahil untuk memuaskan hati semua orang. Selagi namanya makhluk kelemahan itu pasti ada. Untuk meletakkan seseorang sebagai individu dapat diterima semua pihak kira-kira macam mahu melihat Tun Dr Mahathir memuji 1MDB.
Di sinilah peranan mak cik-mak cik bawang tadi. Mereka akan berkicau atau berciap di media sosial untuk menyatakan rasa tidak puas hati.
Rungutan itu pula biasanya kelihatan diplomatik. Biasalah, sebagai seseorang yang berjawatan ahli politik wajib dilihat cerdik dan budiman. Namun di sebalik susunan ayat dizahirkan tersembunyi mesej yang menikam.
Lebih daripada itu kadang-kadang mesej berkenaan dapat ditafsir sebagai suara kepentingan pihak lain. Ia ibarat wayang kulit yang dimainkan tok dalang tertentu.
Madahnya berhelah. Selokanya berduri. Pencaknya membelit.
Kunyit yang diperlukan
Dalam keadaan beginilah HARAPAN memerlukan watak yang benar-benar dapat memberikan kawalan keadaan dengan berkesan. Watak itu diperlukan untuk menjadi penawar serta pengimbang.
Ia ibarat sekawan orang kampung yang gelisah kerana tok sidang mereka tidak dilantik menjadi perwakilan dalam mesyuarat agung tahunan parti di Kuala Lumpur.
Watak penting tersebut perlulah disegani supaya setiap kata-katanya boleh mempengaruhi sesuatu tindakan orang kampung.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :