Manifesto PH mesti pastikan pemimpin tak boleh perkaya diri

Manifesto PH mesti pastikan pemimpin tak boleh perkaya diri - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Manifesto PH mesti pastikan pemimpin tak boleh perkaya diri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Manifesto PH mesti pastikan pemimpin tak boleh perkaya diri
link : Manifesto PH mesti pastikan pemimpin tak boleh perkaya diri

Baca juga


Manifesto PH mesti pastikan pemimpin tak boleh perkaya diri



Demikianlah Artikel Manifesto PH mesti pastikan pemimpin tak boleh perkaya diri

Sekianlah artikel Manifesto PH mesti pastikan pemimpin tak boleh perkaya diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Manifesto PH mesti pastikan pemimpin tak boleh perkaya diri dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/manifesto-ph-mesti-pastikan-pemimpin.html
Bekas menteri berkata janji paling bermakna dalam manifesto Pakatan Harapan ialah bagaimana menangani kleptokrasi dan memastikan gejala itu tidak berulang.
zaid-ph-1KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) mesti beritahu rakyat bahawa mereka akan pastikan Malaysia tidak akan lagi menjadi syurga untuk pemimpin perkayakan diri, kata Datuk Zaid Ibrahim.
Bekas menteri undang-undang berkata perkara itu mesti dinyatakan secara jelas dalam manifesto pilihan raya umum gabungan pembangkang itu.
Beliau dalam catatan blog terbaharunya berkata pendirian itu satu-satunya janji paling bermakna buat pengundi Malaysia, bukan perkara biasa seperti kemakmuran, lagi reformasi dan lagi duit untuk Islam.
“Bagi saya hanya ada satu manifesto bermakna: bagaimana hendak menangani kleptokrasi dan apa yang kita sebagai sebuah negara boleh lakukan untuk menghalangnya daripada berulang.”
Ahli DAP itu menggesa manifesto PH memperincikan jenis kerajaan dan jenis pemimpin untuk Malaysia sekiranya gabungan pembangkang itu mengambil alih kuasa pada pilihan raya umum ke-14.
“Manifesto PH mesti boleh tunjukkan DNA pemimpin PH berbeza daripada BN, dan mereka sedia membuat janji yang pemimpin BN tidak mampu lakukannya. Dalam erti kata lain, mereka mesti sedia menangani kleptokrasi secara berkesan. Untuk itu, mereka mesti beritahu rakyat apa yang mereka mahu lakukan untuk pastikan Malaysia tidak akan lagi menjadi syurga untuk pemimpin perkayakan diri.
Zaid berkata BN contohnya tidak berjnaji kepada rakyat bahawa semua kontrak kerajaan, terutamanya melibatkan syarikat milik kerajaan, akan dilakukan secara tender terbuka. PH mesti usaha untuk melakukan perkara ini.
“Kita tidak akan dapat menangani pemimpin dan penjawat awam korup kecuali sesuatu yang drastik diambil. Akta Sektor Awam mesti diluluskan yang mana bukan sahaja kerajaan akan mengamalkan kebertanggungjawaban dan ketelusan, tetapi peraturan dan perintah sedia ada akan dikaji semula bagi memastikan penyeliaan yang berkesan dan memperuntukkan hukuman keras untuk mereka yang melanggarnya.”
Beliau mencadangkan satu lagi janji iaitu mengasingkan pendakwaraya awam daripada ketua peguam negara kerana ia akan menunjukkan kepada rakyat bahawa, “akhirnya, undang-undang jenayah negara kita akan dilaksanakan secara adil, ke atas golongan kleptokrat dan rakyat biasa, dan pemimpin kerajaan dan pembangkang.”
Beliau menambah: “Pemisahan seperti itu akan menamatkan senario memalukan yang menyebabkan pendakwaraya kita diketawakan dunia.”
Zaid mahu PH berjanji kementerian undang-undang akan dijadikan kementerian tersendiri daripada menjadi sebahagian daripada Jabatan Perdana Menteri. Ini akan memberitahu rakyat Malaysia bahawa “keadilan diutamakan dalam kerajaan baharu dan kerajaan baharu akan melakukan semua reformasi yang perlu demi kebaikan negara – bukan untuk melindungi perdana menteri”.
Satu lagi janji manifesto pilihan raya ialah Akta Rahsia Rasmi dalam bentuk sedia ada mesti dimansuhkan.
“Jika akta ini dimansuhkan, menteri-menteri kita, penjawat awam dan ketua polis masa depan tidak akan lagi jadi terlalu kaya dengan merompak sesuka hati. Ini akan memberitahu rakyat mereka dalam kerajaan tidak lagi akan boleh mengelaskan dokumen sebagai rahsia rasmi mengikut kehendak hati. Dengan itu, mereka yang mencuri harta kerajaan akan diheret ke perhatian dunia.”
Zaid juga mahu PH berjanji Parlimen mempunyai kata putus dalam pelantikan pegawai tertinggi seperti ketua setiausaha kerajaan, ketua polis negara, peguam negara, ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan hakim-hakim tertinggi.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: