Judul : Pakatan Harapan Negeri Sembilan serius gempur Umno-BN
link : Pakatan Harapan Negeri Sembilan serius gempur Umno-BN
Pakatan Harapan Negeri Sembilan serius gempur Umno-BN
Demikianlah Artikel Pakatan Harapan Negeri Sembilan serius gempur Umno-BN
Sekianlah artikel Pakatan Harapan Negeri Sembilan serius gempur Umno-BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pakatan Harapan Negeri Sembilan serius gempur Umno-BN dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/pakatan-harapan-negeri-sembilan-serius.html
Pakatan Harapan Negeri Sembilan amat serius dan bersiap sedia menggempur Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang bila-bila masa sahaja akan diadakan.
Ketua Pemuda AMANAH Negeri Sembilan, Muhamad Zaki Subri berkata, kesediaan itu dibuktikan dengan pengumuman agihan kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) antara keempat-empat komponen gabungan parti pembangkang tersebut.
“Tahniah diucapkan kepada Pakatan Harapan Negeri Sembilan kerana mengorak langkah awal dalam mengumumkan kerusi Dun yang bakal ditandingi PRU-14 kelak.
“Semoga ianya menjadi sebahagian sejarah tumbangnya Umno dan Barisan Nasional di Negeri Sembilan. Pemuda AMANAH Negeri Sembilan amat gembira dan syukur dengan muktamadnya pembahagian kerusi ini,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Untuk rekod, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan 12 kerusi Dun akan ditandingi PKR, DAP (11), AMANAH (tujuh) dan Bersatu (enam), manakala bagi Parlimen setiap parti diperuntukkan dua kerusi.
Agihan kerusi Dun itu diumumkan dalam Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan pada 28 Januari lalu.
Mengulas reaksi tidak puas hati pihak tertentu dalam anggota Pakatan Harapan berhubung agihan tersebut, Zaki berkata, perjuangan perlu diteruskan bagi mengelak rakyat khususnya di negeri itu terus dizalimi.
“Kita harus fokus terus lawan Umno iaitu lawan utama rakyat di PRU-14. Marilah bersama-sama kukuhkan muafakat dan semangat Pakatan Harapan demi rakyat yang sedang menderita,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Ketua Pemuda Bersatu negeri, Mohd Shahrul Anuar Abu Samah dilapor sebelum ini berkata, kesemua kawasan yang diberikan kepada partinya sukar untuk menang.
Kerusi-kerusi tersebut iaitu Palong, Seri Menanti, Chembong, Gemencheh, Pertang dan Bagan Pinang, ujarnya, adalah Dun yang tidak diinginkan parti lain.