Pakatan perlu buktikan agenda perubahan dengan angkat pemimpin muda

Pakatan perlu buktikan agenda perubahan dengan angkat pemimpin muda - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pakatan perlu buktikan agenda perubahan dengan angkat pemimpin muda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pakatan perlu buktikan agenda perubahan dengan angkat pemimpin muda
link : Pakatan perlu buktikan agenda perubahan dengan angkat pemimpin muda

Baca juga


Pakatan perlu buktikan agenda perubahan dengan angkat pemimpin muda



Demikianlah Artikel Pakatan perlu buktikan agenda perubahan dengan angkat pemimpin muda

Sekianlah artikel Pakatan perlu buktikan agenda perubahan dengan angkat pemimpin muda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pakatan perlu buktikan agenda perubahan dengan angkat pemimpin muda dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/pakatan-perlu-buktikan-agenda-perubahan.html

SELAMAT Tahun Baru 2018. Tahun ini bukan tahun biasa. Ia tahun pilihan raya. Pilihan raya pasti akan berlaku tahun ini kerana tempoh kerajaan hari ini akan tamat. Melainkan pemerintah hari ini sudah betul-betul gila dan terdesak hingga mengambil jalan gila tidak mengadakan pilihan raya. 2018 suhu politik akan meningkat. Perbualan politik semakin membahang. Fitnah berleluasa. Maki hamun bertaburan. Saman menyaman menjadi-jadi. Namun semuanya ini lumrah dan fenomena biasa menjelang pilihan raya.
Ada satu fenomena luar biasa sedang berlaku menjelang pilihan raya kali ini. Suasana di mana rakyat dan pengundi semakin tidak bermaya semakin dekat pilihan raya. Rata-rata mereka menyuarakan rasa muak dengan politik hari ini. Mereka kecewa dan menyampah bukan sahaja dengan pihak sebelah sini atau sana. Mereka menyampah dengan kedua-duanya!
Ini bukan fenomena biasa. Biasanya pengundi dan rakyat akan menyokong atau tidak. Menyokong salah satu daripada dua pihak. Kali ini kelihatannya mereka tidak menyokong kedua-duanya. Mereka seperti keliru, disillusioned dengan apa yang berlaku. Penganalisis politik mendapati kelompok ini semakin membesar. Fenomena ini bahaya buat negara.
Ini adalah krisis keyakinan. Hilang keyakinan kepada kepimpinan. Rakyat memang jelas sudah hilang keyakinan kepada Perdana Menteri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN). Tetapi dalam masa yang sama, rakyat juga kelihatan masih belum dapat mengalihkan atau menggantikan keyakinan itu kepada pihak lain selain daripada Najib dan BN.
Kita tersimpul dalam satu kekusutan politik. Ianya mesti dileraikan. After all politics is about gaining confidence. Politik adalah soal keyakinan terhadap satu kepimpinan. Soalnya sekarang tidak ada satupun kepimpinan yang diyakini rakyat.
Najib memang sudah hilang kepercayaan rakyat. Skandal demi skandal berlingkaran dan melilitnya. Keaadan ekonomi pula semakin merudum. Rakyat melarat. Pasukan menterinya pula menari songsang, berpencak tempang.
Semakin hari semakin banyak kenyataan bodoh. Tiada jalan untuk beliau meraih sokongan dan keyakinan lagi. The downfall is complete.
Pembangkang pula masih terkial-kial meraih keyakinan. Keyakinan rakyat yang hilang kepada Najib tidak beralih kepada mereka. Inilah kekusutannya. Pembangkang juga tidak diyakini. Cuma mereka belum lagi di hujung jalan seperti Najib dan pasukannya. Pembangkang masih boleh meraih keyakinan rakyat. Syaratnya mereka harus jujur dan berani meleraikan kekusutan ini.
Apabila saat memilih semakin hampir perkara. pokok bagi pengundi adalah pentadbiran baru. Bukan lagi soal keburukan pentadbiran sedia ada. Soalnya ialah apakah kebaikan dan keupayaan pentadbiran baru?
Dan dalam konteks politik Malaysia, rakyat mahu tahu siapa mereka. Siapa sosok-sosok yang akan memimpin pentadbiran baru. Ini penting untuk meraih keyakinan rakyat.
Pakatan Harapan (PH) dilihat masih kusut dalam soal ini. Sosok yang memimpin tidak jelas. Malah masih berkisar kepada tokoh-tokoh lama. Benar mereka adalah sosok hebat, berjasa dan teruji. Tetapi dalam masa yang sama, mereka membawa bersama mereka cerita dan kisah lalu. Masalah lampau. Di sinilah kekusutannya dan inilah yang perlu dileraikan.
Agenda pembaharuan perlu dilihat dibawa dan dijulang oleh muka-muka baharu dan muda. PH punya ramai sosok-sosok muda yang mampu menjulang perubahan dan tahan serangan. Mereka sudah siap menjadi panglima perang dan mengurus kejayaan.
Justeru, tokoh-tokoh besar seperti Dr Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang wajar memberi laluan lepada tokoh-tokoh muda seperti Azmin Ali, Mukhriz Mahathir, Nurul Izzah Anwar, Salahuddin Ayud dan lain-lain menggalas tanggungjawab mengepalai pertempuran.
Dalam sejarah silam terlalu banyak kisah dan teladan panglima-panglima muda diberi kesempatan seperti ini oleh tokoh-tokoh besar sebelum mereka.
Tokoh-tokoh besar kekal aktif di dalam perjuangan. Negara masih memerlukan kepakaran dan pengalaman mereka. Mereka boleh menjadi penasihat atau membentuk the council of the elders untuk meniupkan semangat perjuangan semasa pertempuran dan membantu mengurus kejayaan selepas kemenangan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: