Judul : PARTI AGAMA: HARAM ATAU HARAM.....?
link : PARTI AGAMA: HARAM ATAU HARAM.....?
PARTI AGAMA: HARAM ATAU HARAM.....?
Demikianlah Artikel PARTI AGAMA: HARAM ATAU HARAM.....?
Sekianlah artikel PARTI AGAMA: HARAM ATAU HARAM.....? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PARTI AGAMA: HARAM ATAU HARAM.....? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/parti-agama-haram-atau-haram.html
Di Malaysia ini, kalau bab menghukum atau menjatuhkan hukuman kepada orang lain, serahkanlah kepada Pas kerana kecekapan mereka berbuat demikian boleh mengalahkan hakim-hakim di mahkamah.
Hakim pun sebelum menjatuhkan hukuman akan mendengar keterangan saksi-saksi dan orang yang kena tuduh terlebih dahulu, tetapi Pas dengan selambanya akan menghukum asal saja seseorang itu berbeza pendirian dengan mereka.
Dulu mereka menjatuhkan hukum kafir, taghut, sesat dan macam-macam lagi kepada musuh politiknya, kini mereka yang meninggalkan parti itu pula dianggap makan gaji haram dan menikmati pendapatan tidak halal.
Setelah sebelum ini, sekian ramai yang meninggalkan Pas untuk menyertai Amanah dihukum sedemikian rupa, sebaik Mahfuz Omar turut keluar meninggalkan parti itu semalam, giliran beliau pula menerima hukuman yang sama.
Bukankah sebelum ini ada pemimpin Pas juga yang mendesak agar Mahfuz meninggalkan Pas?
Kenapa meroyan balik bila Mahfuz sudah menyambut desakan itu?
Lebih daripada itu, jika gaji dan pendapatan Mahfuz dipersoalkan dan diragui boleh jatuh haram, bagaimana dengan Hadi Awang yang selalu ponteng dan tidak hadir ke Parlimen?
Bagaimana juga dengan gaji dan pendapatan Ahli-Ahli Parlimen Pas lain yang mereka menang pada PRU 13 lalu atas adalah nama Pakatan Rakyat, tetapi kini beralih menyokong Najib, UMNO serta BN dan menghentam balik gabungan yang memberi kemenangan kepada mereka?
Begitu juga dengan Exco Pas di Selangor yang masih menikmati gaji, elaun dan pelbagai kemudahan lain, sedangkan mereka tidak berada dalam Pakatan Harapan yang memerintah negeri itu?
Apakah hukumnya gaji dan pendapatan pemimpin-pemimpin Pas bagi semua kategori di atas?
Haram atau halal?