KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu menyifatkan penyertaan Pakatan Harapan (Harapan) dalam PRU14 sebagai ‘kacau daun’.
Timbalan Pesuruhjaya I Pas Terengganu, Satiful Bahari Mamat mendakwa, parti-parti Harapan itu sebenarnya dikatakan sedar bahawa mereka tidak akan meraih kemenangan sebaliknya hanya memecahkan undi Pas khususnya di negeri ini.
Menurutnya, Harapan tahu mereka tidak ada kekuatan khususnya jentera akar umbi dan undi yang terpecah sudah tentu merugikan Pas walaupun ia mungkin melibatkan jumlah yang sedikit.
“Di Terengganu ini, parti asas adalah Pas dan Umno dan bagi kita mana-mana selain kedua-dua parti itu adalah sebagai ‘tukang kucar’ yang