PRU14: 200 km dari Jalan Semarak, keresahan di sebuah penempatan Felda

PRU14: 200 km dari Jalan Semarak, keresahan di sebuah penempatan Felda - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: 200 km dari Jalan Semarak, keresahan di sebuah penempatan Felda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: 200 km dari Jalan Semarak, keresahan di sebuah penempatan Felda
link : PRU14: 200 km dari Jalan Semarak, keresahan di sebuah penempatan Felda

Baca juga


PRU14: 200 km dari Jalan Semarak, keresahan di sebuah penempatan Felda



Demikianlah Artikel PRU14: 200 km dari Jalan Semarak, keresahan di sebuah penempatan Felda

Sekianlah artikel PRU14: 200 km dari Jalan Semarak, keresahan di sebuah penempatan Felda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: 200 km dari Jalan Semarak, keresahan di sebuah penempatan Felda dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/pru14-200-km-dari-jalan-semarak.html
Semakin kedengaran rasa tidak puas hati di kalangan warga Felda di sebuah penempatan di Pahang berhubung isu pindah milik tanah di Kuala Lumpur.
maran-house4
MARAN: Tempias dari kes terkini yang melanda Felda melibatkan tanahnya di Jalan Semarak, Kuala Lumpur turut dirasai sejauh kira-kira 200 km oleh penduduk di sebuah penempatan Felda di Pahang.
Tinjauan FMT mendapati rata-rata penduduk di Felda Bukit Tajau di Maran berasa marah dengan isu berhubung pemindahan hak milik tanah yang dianggarkan mempunyai nilai pasaran RM1 bilion, yang mencetuskan siasatan pasukan khas ditubuhkan polis.
Mat Darus Mahathir, 65, berkata sekiranya masalah Felda tidak diselesaikan, kebanyakan penduduk di sini berkemungkinan tidak lagi akan memangkah Barisan Nasional (BN) di atas kertas undi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Mat Derus berkata ia berdasarkan pemerhatian dan “sembang harian” dengan penduduk.
“Kalau tak selesai, orang Felda tak sokong BN. Rata-rata penduduk sini yang kita jumpa di ‘kedai kopi’ tak nak sokong BN,” katanya kepada FMT.
Satu nama yang kerap menimbulkan rasa tidak puas hati, menurut Mat Derus, ialah bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.
Isa semalam disoal siasat selama lebih 5 jam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.
Bulan lalu, Berita Harian melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah di Jalan Semarak kerana bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.
maran-house
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) yang dipengerusikan Isa melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.
’50/50 tetapi bukan untuk Pakatan’
Seorang lagi penduduk di Bukit Tajau yang hanya mahu dikenali sebagai Kamarudin, 38, berkata orang Felda sudah lama tidak berpuas hati dengan pengurusan tertinggi agensi itu.
Kamarudin setuju dengan Mat Derus mengenai sokongan terhadap BN yang kian terhakis di sini disebabkan pelbagai kemelut yang melanda Felda.
“Jika di Felda Bukit Tajau ini 50-50,” kata anak Felda generasi kedua itu mengenai sokongan terhadap BN dan pembangkang.
Menurutnya, BN, yang kerap bergantung kepada sokongan pengundi Felda selama berdekad, sudah lama tergugat sejak kemasukan Isa ke dalam Felda.
maran-house2
Bagaimanapun, sentimen penduduk berbeza sedikit terhadap Tan Sri Shahrir Samad, veteran Umno yang dilantik pengerusi Felda menggantikan Isa sejak Januari 2017.
“Pengerusi Felda baru ini kita lihat OK sikit dari Isa. Jika Felda dapat dibaiki kita akan beri peluang,” kata Kamarudin.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: