Judul : PRU14: BN mempunyai pelbagai senjata untuk menyerang - Nurul Izzah
link : PRU14: BN mempunyai pelbagai senjata untuk menyerang - Nurul Izzah
PRU14: BN mempunyai pelbagai senjata untuk menyerang - Nurul Izzah
Demikianlah Artikel PRU14: BN mempunyai pelbagai senjata untuk menyerang - Nurul Izzah
Sekianlah artikel PRU14: BN mempunyai pelbagai senjata untuk menyerang - Nurul Izzah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRU14: BN mempunyai pelbagai senjata untuk menyerang - Nurul Izzah dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/pru14-bn-mempunyai-pelbagai-senjata.html
BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (Harapan) perlu bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan serangan yang akan dilemparkan oleh BN menjelang PRU14 nanti.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, parti itu tidak patah semangat dengan senjata yang digunakan BN untuk menyerang pembangkang, sebaliknya harus terus komited dengan agenda perjuangan parti.
“Saya fikir memang BN akan mempunyai pelbagai senjata untuk menyerang dan kita mahukan agar berlaku adil. Maksudnya jangan hanya menumpukan kepada pendakwaan ataupun siasatan terpilih.
“Rakyat sudah tentu tidak mahu melihat suasana di mana ada toleransi kosong terhadap rasuah ataupun perjanjian yang tidak membantu rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir pada program motivasi kecemerlangan untuk pelajar PT3 dan SPM 2018 di Auditorium Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Bandar Perda, di sini, hari ini.
Menurutnya, rakyat sudah tentu tidak suka melihat pendakwaan dan serangan terpilih, sedangkan gajah di depan mata tidak diambil tindakan tetapi kuman di seberang laut yang diutamakan.
“Jadi atas dasar itulah saya harap kita dalam Pakatan Harapan harus bersiap sedia. Mereka akan melemparkan 1,001 serangan dan kita harus terus komited dengan agenda kita.
“Agenda ini bukan untuk mengangkat sesiapa pun memegang jawatan sebenarnya, agenda kita untuk menyelamatkan dana negara, memastikan masa depan rakyat terjamin dan kebajikan rakyat menerusi program keadilan sosial mampu kita laksanakan,” katanya.