Judul : PRU14: Di Mas Gading, nasib wakil rakyat di tangan pengundi berpendidikan
link : PRU14: Di Mas Gading, nasib wakil rakyat di tangan pengundi berpendidikan
PRU14: Di Mas Gading, nasib wakil rakyat di tangan pengundi berpendidikan
Demikianlah Artikel PRU14: Di Mas Gading, nasib wakil rakyat di tangan pengundi berpendidikan
Sekianlah artikel PRU14: Di Mas Gading, nasib wakil rakyat di tangan pengundi berpendidikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRU14: Di Mas Gading, nasib wakil rakyat di tangan pengundi berpendidikan dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/pru14-di-mas-gading-nasib-wakil-rakyat.html
Pengundi di Mas Gading cenderung untuk menukar wakil rakyat sebaik sahaja mereka dianggap 'tidak lagi berguna'.
Bidayuh yang dahulunya dikenali sebagai Dayak Darat, boleh dikatakan sebagai paling maju dari segi ekonomi dalam kalangan komuniti Dayak. Disebabkan lokasi mereka yang berdekatan ibu negeri, Kuching, kebanyakan mereka terpelajar dam ramai menjadi usahawan dan profesional berjaya.
Ia mungkin sebabnya mengapa wakil rakyat di Mas Gading biasanya tidak bertahan lama.
Pengundinya cenderung untuk menukar ahli Parlimen sebaik sahaja mereka dianggap “tidak lagi berguna” kepada penduduk di sana.
Kesetiaan mereka boleh dipersoalkan tetapi tiada siapa boleh salahkan mereka kerana kesetiaan mereka adalah untuk meneruskan hidup mereka dan hidup keluarga mereka. Kesimpulannya, mereka adalah golongan yang sangat praktikal.
Dua wakil rakyat Mas Gading yang mungkin paling diingati adalah Patrick Anak Uren dan Dr Patau Rubis.
Kedua-dua mereka bertanding menentang satu sama lain beberapa kali di pilihan raya negeri dan juga umum. Mereka sama-sama capai kemenangan dan kekalahan tetapi mereka kekalkan hubungan rapat dan persahabatan menerusi semua itu.
Ini dibuktikan apabila mereka akhirnya bersama-sama menyertai pihak pembangkang.
Patau membentuk Parti Reformasi Negeri (STAR) pada 1996 selepas dipecat sebagai pembantu menteri dan Anek juga bertanding dengan tiket STAR pada pilihan raya umum 2013 di Mas Gading.
Patau meninggal dunia pada Mac 2016 dan Anek masih lagi di pihak pembangkang. Beliau kini timbalan presiden Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru).
Dr Tiki Lafe mengalahkan Patau di Mas Gading pada pilihan raya 1999 tetapi beliau juga kemudiannya tidak disukai oleh Barisan Nasional (BN) dan digugurkan sebagai calon pada pilihan raya umum (PRU) 2013.
Enggan menyerah kalah, Tiki bertanding sebagai calon bebas dan dikalahkan oleh calon baharu dan ahli Parlimen sekarang, Anthony Nogeh Gumbek.
Nogeh boleh berasa bersyukur kerana beliau dilantik sebagai timbalan menteri persekutuan sebaik selepas pilihan raya pertamanya. Beliau satu-satunya wakil Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di pentadbiran persekutuan.
Tetapi penghargaan patut diberikan kepada Nogeh juga.
Sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Perladangan, beliau bekerja keras untuk memperoleh kawasan itu.
Antara pelannya ialah mentransformasikan Mas Gading menjadi pengeluar utama nanas MD2 dan durian Musang King di Sarawak, rancangan yang diterima baik peladang Bidayuh yang mana aset utama mereka adalah tanah.
Nogeh berkata beliau aktif mempromosikan penanaman 2 buah yang bernilai tinggi itu di kawasannya, dan pengeluaran itu sudah pun dalam proses penghantaran ke pasaran antarabangsa.
“Berikan setahun dua lagi anda akan dapat melihat pokok durian Musang King dan nenas MD2 ditanam atas tanah sepanjang jalan di Bau dan Lundu,” katanya seperti dipetik laporan Borneo Post.
Sejajar dengan kempen “Go Rural” (Balik Kampung), DAP juga bertanding di Mas Gading pada PRU13.
Read More / Baca Lagi >>