PRU14: Hadi turunkan martabat PAS jadi hanya parti pelengkap

PRU14: Hadi turunkan martabat PAS jadi hanya parti pelengkap - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: Hadi turunkan martabat PAS jadi hanya parti pelengkap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: Hadi turunkan martabat PAS jadi hanya parti pelengkap
link : PRU14: Hadi turunkan martabat PAS jadi hanya parti pelengkap

Baca juga


PRU14: Hadi turunkan martabat PAS jadi hanya parti pelengkap



Demikianlah Artikel PRU14: Hadi turunkan martabat PAS jadi hanya parti pelengkap

Sekianlah artikel PRU14: Hadi turunkan martabat PAS jadi hanya parti pelengkap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: Hadi turunkan martabat PAS jadi hanya parti pelengkap dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/pru14-hadi-turunkan-martabat-pas-jadi.html
PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang sudah merendahkan martabat parti Islam pimpinannya dan menunjukkan belang politiknya yang sebenar sebagai "oportunis politik" apabila berhasrat mahu PAS jadi dalang politik dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata bekas pemimpin kanannya, Mahfuz Omar.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata Hadi akhirnya mengaku bahawa matlamat sebenar PAS masuk pilihan raya bukan lagi untuk membentuk sebuah kerajaan yang menjulang Islam tetapi hanya mahu jadi "alat tawar menawar" dengan mana-mana gabungan yang memenuhi tuntutannya nanti.
"PAS kini sudah mengakui secara terbuka bahawa mereka bertanding pada PRU 14 bersama dengan gabungan yang disebut ‘Gagasan Sejahtera’ bukanlah atas hasrat untuk menang dan membentuk kerajaan yang pemerintahannya berteraskan Islam sebagaimana digembar-gemburkan 'penyokong taksub PAS' selama ini di media sosial mahupun di kedai kopi .
"PAS rupa-rupanya hanya sekadar berhasrat untuk menjadi ‘oportunis politik’, maka PAS dan Gagasan Sejahtera tidaklah layak dipanggil alternatif atau ‘third force’ untuk rakyat," katanya dalam satu kenyataan media.
Mahfuz mengulas kenyataan Hadi dalam Harakah Daily baru-baru ini yang berkata PAS boleh jadi dalang politik sekiranya Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) tidak dapat majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan.
Hadi berkata kalau PAS menang 40 kerusi Parlimen, parti Islam itu akan menjadi tempat bergantung parti lain yang mahu membentuk kerajaan. Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi Parlimen dan parti atau gabungan politik yang berjaya dapat majoriti sekurang-kurangnya 112 kerusi layak membentuk kerajaan.
Pada PRU lalu, PAS yang ketika itu masih bersama gabungan pembangkang Pakatan Rakyat, yang kini sudah bubar, hanya menang 22 kerusi Parlimen.
Mahfuz berkata hasrat Hadi mahu PAS jadi dalang politik menunjukkan PAS bukanlah lagi sebagai sebuah parti pembangkang yang relevan untuk melawan Umno dan BN.
"Secara peribadi saya agak sedih melihat parti yang lebih 34 tahun saya berjuang di dalamnya selama ini, antara parti politik utama di negara ini dan alternatif kepada BN akhirnya menurunkan martabat dirinya kepada hanya parti pelengkap dan 'aksesori' yang tidak mempunyai sikap jelas dalam mendepani hala tuju pemerintahan negara demi rakyat," kata Mahfuz.
Mahfuz pada 31 Disember lalu mengumumkan keluar PAS dan mengajak ahli PAS mengundi PH pada PRU14.
Dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight, Mahfuz berkata ahli PAS tidak perlu keluar daripada parti Islam itu sebaliknya tinggallah kekal dalam PAS tetapi apabila sampai PRU14 nanti, mereka hendaklah mengundi PH.

Subscribe to receive free email updates: