PRU14: JANGAN KECUT DENGAN KAJIAN, JOHOR MILIKI BARISAN KEPIMPINAN BERWIBAWA

PRU14: JANGAN KECUT DENGAN KAJIAN, JOHOR MILIKI BARISAN KEPIMPINAN BERWIBAWA - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: JANGAN KECUT DENGAN KAJIAN, JOHOR MILIKI BARISAN KEPIMPINAN BERWIBAWA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: JANGAN KECUT DENGAN KAJIAN, JOHOR MILIKI BARISAN KEPIMPINAN BERWIBAWA
link : PRU14: JANGAN KECUT DENGAN KAJIAN, JOHOR MILIKI BARISAN KEPIMPINAN BERWIBAWA

Baca juga


PRU14: JANGAN KECUT DENGAN KAJIAN, JOHOR MILIKI BARISAN KEPIMPINAN BERWIBAWA



Demikianlah Artikel PRU14: JANGAN KECUT DENGAN KAJIAN, JOHOR MILIKI BARISAN KEPIMPINAN BERWIBAWA

Sekianlah artikel PRU14: JANGAN KECUT DENGAN KAJIAN, JOHOR MILIKI BARISAN KEPIMPINAN BERWIBAWA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: JANGAN KECUT DENGAN KAJIAN, JOHOR MILIKI BARISAN KEPIMPINAN BERWIBAWA dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/pru14-jangan-kecut-dengan-kajian-johor.html
PENYOKONG Pakatan Harapan (PH) di Johor khususnya tidak perlu mengambil kira sangat dengan dapatan satu kajian berkaitan sokongan terhadap PH di kalangan orang Melayu luar bandar di negeri itu yang menolak PH.
Menurut kajian itu 85% Melayu luar bandar di Johor tidak menyokong Pakatan Harapan?
"
"
Kajian itu dijalankan oleh penganalisis Wan Saiful Wan Jan diterbitkan oleh Iseas Institut Yusof Ishak Singapura.

Kajian itu dilakukan terhadap 1,100 responden yang dibuat melalui telefon. Menurut kesimpulan kajian itu faktor kenapa Melayu menolak PH ialah kerana DAP. Kononnya orang Melayu berat hati untuk memilih PH kerana bimbang DAP akan jadi lebih berpengaruh. Kesan daripada berpengaruhnya DAP kononnya menjadikan mereka akan terpinggir.
Melayu luar bandar Johor yang tentunya tidak begitu memahami politik, cemas dan bimbang mereka akan menjadi seperti nasib Melayu di Singapura yang terpinggir berada di bawah pemerintahan PAP, yakni dianggap sebagai parti induk DAP di Malaysia. Kononnya DAP sedang mengatur agenda untuk menguasai Malaysia setelah bertapak di Pulau Pinang.
Sekiranya kajian tersebut boleh dipercayai dan mempengaruhi pemikiran orang Melayu ia memberi natijah kempen menakut-nakutkan orang Melayu dengan politik DAP yang didoktrinkan oleh Umno berjaya. Sudah lama Umno memainkan sentimen bangsa untuk mengikat sokongan Melayu abadi kepadanya. Salah satu cara ialah dengan menakut-nakutkan rakyat menggunakan DAP. Menjual DAP sebagai parti Komunis yang akan merampas kuasa Melayu di negara ini dan mengancam kedaulatan Islam.
Sebenarnya tanggapan demikian sangat dangkal. Sekiranya apa yang didakyah itu benar, masakan kerajaan terus membenarkan DAP bergerak sebagai sebuah parti politik. Kalau ia bahaya kepada kuasa Melayu sudah pasti kerajaan akan mengharamkan parti chauvenis itu seperti mana British mengharamkan Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu.
Pengharaman parti itu nanti menyebabkan DAP akan berkubur. Soalnya kenapa kerajaan tidak mengharamkan DAP? Penulis sendiri sudah beberapa kali menyaran DAP diharamkan sekiranya dakwaan dan prejudis terhadapnya benar. Pengharaman DAP adalah satu tindakan paling berkesan.
Tidak relevan
Kajian itu dibuat pada bulan Mei dan Jun tahun lalu di mana ia mungkin tidak relevan lagi untuk masa sekarang kerana iklim dan senario politik kini sudah banyak berubah. Justeru ada sudut-sudut tertentu dapatan dan kesimpulan kajian itu boleh ditolak. Aliran sokongan dan harapan orang Melayu Johor kepada PH pula semakin positif. Ini dapat dilihat kepada kemeriahan majlis anjuran PH di negeri itu.
Salah satu faktor kenapa dapatan kajian itu sudah tidak relevan,  ialah semasa kajian itu dijalankan, PH masih belum mengumumkan calon Perdana Menteri mereka. Orang masih berteka teki siapakah bakal diangkat jadi PM. Hatta nama Lim Kit Siang juga dijual oleh pedagang dan barua politik Umno sebagai PM.
Kini PH sudah pun menobatkan nama Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi PM sekali lagi sekiranya pakatan itu berjaya. Serentak itu juga ditonjolkan nama Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri. Pengangkatan kedua-dua nama itu sebagai orang nombor satu dan nombor dua negara menamatkan spekulasi dan polemik mengenai watak PM. Sudah tentu kalau diadakan kajian semula, keputusannya berubah.
Penamaan Dr Mahathir sebagai PM memberi markah kepada PH dan menambahkan keyakinan rakyat kepada PH untuk menjadi alternatif kepada BN. Rakyat lebih yakin dan percaya bukan kerana Dr Mahathir berada di luar penjara, tetapi kerana track record beliau yang pernah menjadi PM selama 22 tahun. Tidak itu sahaja, kesepaduan dan semangat untuk menumbangkan Najib Razak dipamerkan komponen PH sungguh mengkagumkan. Konvensyen PH yang lalu adalah mercu tanda kekuatan pakatan pembangkang kali ini.
Sebenarnya orang Melayu di Johor tidak perlu cuak dengan DAP seperti mana didakyah oleh Umno sebagai parti pengkhianat. Pemikiran yang waras dapat menolak dakyah itu tanpa berhitung panjang. Tidak pun perlu mengungkit kejadian-kejadian silam seperti 13 Mei atau peristiwa Natrah di Singapura untuk dijadikan asas kepada kebejatan DAP. Sejarah sendiri mengetahui ada elemen-elemen rekaan dalam tragedi berkenaan atau diberi pentafsiran melampau yang mempunyai motif tertentu.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: