Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pemilihan Dr Mahathir juga agak menghairankan kerana sepanjang 22 tahun pemimpin yang kini berusia 93 tahun itu menjadi perdana menteri mewakili BN, hampir setiap hari pemimpin pembangkang terutama DAP dan PKR mencaci dan menghina kepimpinannya yang dikatakan memusnahkan demokrasi serta menindas rakyat.
Shahrizat Abdul Jalil "Kini, Pakatan Harapan seolah-olah lupa tuduhan, kebencian dan penghinaan mereka terhadap Tun Mahathir sehingga sanggup menamakan Tun Mahathir selaku pengerusi sebuah parti yang baharu sahaja ditubuhkan sebagai perdana menteri demi memanipulasi emosi