PRU14: PAS mungkin bentuk kerajaan campuran dengan parti lain, sembang Hadi

PRU14: PAS mungkin bentuk kerajaan campuran dengan parti lain, sembang Hadi - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: PAS mungkin bentuk kerajaan campuran dengan parti lain, sembang Hadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: PAS mungkin bentuk kerajaan campuran dengan parti lain, sembang Hadi
link : PRU14: PAS mungkin bentuk kerajaan campuran dengan parti lain, sembang Hadi

Baca juga


PRU14: PAS mungkin bentuk kerajaan campuran dengan parti lain, sembang Hadi

PAS akan menurunkan calon di lebih 130 kerusi untuk mendapat majoriti mudah pada PRU14.
hadi-pas
SHAH ALAM: Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menolak kemungkinan PAS akan bergabung dengan parti lain untuk membentuk kerajaan campuran selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Kita akan bertanding lebih 130 kerusi sekurang-kurangnya (untuk) dapat simple majoriti.
“PAS mahu bentuk kerajaan atau menyertai pembentukan kerajaan, bukan lagi sebagai pembangkang yang lemah selepas PRU,” katanya tanpa memaklumkan parti politik pilihan PAS, ketika berucap di Himpunan Fastaqim 2.4 dan pelancaran jentera pilihan raya PAS Selangor di Stadium JKR Seksyen 17, hari ini.
Minggu lalu, Harakah Daily melaporkan Hadi menjangkakan tiada parti yang mampu memenangi kerusi secukupnya untuk membentuk kerajaan pada PRU14.
Katanya, parti lain yang ingin menubuhkan kerajaan perlu bergantung kepada PAS, jika mereka boleh memenangi 40 kerusi Parlimen.
“Walaupun parti lain ada 100 kerusi, 80 kerusi, kerana nak tubuh kerajaan kena ada minima 112 kerusi.
“Jika PAS ada 40 kerusi, bermakna kita akan menjadi tempat kebergantungan siapa yang nak tubuh kerajaan. Dengan 40 kerusi ini kita (PAS) ada pengaruh dan boleh minta macam-macam,” katanya dipetik portal PAS itu pada 12 Januari lalu.
Mengenai keadaan di Selangor, Hadi berkata, PAS akan bertanding di sebanyak mungkin kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha menawan negeri itu.
“Segala kemungkinan boleh berlaku, boleh jadi kita sendiri, boleh jadi kita (bentuk kerajaan negeri)


Demikianlah Artikel PRU14: PAS mungkin bentuk kerajaan campuran dengan parti lain, sembang Hadi

Sekianlah artikel PRU14: PAS mungkin bentuk kerajaan campuran dengan parti lain, sembang Hadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: PAS mungkin bentuk kerajaan campuran dengan parti lain, sembang Hadi dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/pru14-pas-mungkin-bentuk-kerajaan.html
campuran.
“Soal siapa calon menteri besar Selangor juga kita tidak perlu bincang, sistem pilihan raya Malaysia bukan Amerika Syarikat nak ada calon presiden, kita ikut calon yang menang dan kita belum tahu siapa menang.
“Nanti kalau kita umum calon menteri besar, calon itu kalah tidak guna juga pendekatan itu.”
Katanya, walaupun Amanah dianggap sebagai parti nyamuk yang tidak memberi sebarang ancaman kepada PAS di Selangor, mereka tidak akan memandang mudah kewujudan parti serpihan itu.
“Bagi kita itu (Amanah) sudah jadi parti nyamuk. Jadi, nyamuk ni walaupun seekor kita tak boleh tidur jugak.
“Kita akan tangani, rakyat Selangor boleh tangani, kita cuma lihat bagaimana parti ini ditentukan dalam Pakatan Harapan, itu semua kita dapat lihat semua.”
Pada PRU13, pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kerajaan negeri apabila memenangi 44 daripada 56 kerusi di DUN Selangor.
DAP dan PAS masing-masing menang 15 kerusi, manakala PKR berjaya mendapat 14 kerusi. BN kekal sebagai pembangkang dengan memperolehi 12 kerusi.
Sementara itu, Hadi yang juga ahli Parlimen Marang mengulangi pendirian PAS tetap menganggap Umno sebagai musuh politik dan hanya akan bekerjasama dalam isu kepentingan Islam.
“Bukan sahaja Amanah, Umno pun kita kena kalahkan juga,” katanya yang menafikan dakwaan beliau menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengatur strategi PRU14.
“Saya rasa ia tidak berpijak…Kalau bincang isu Palestin, Rohingya itu boleh.”
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :