PRU14: Sejarah calon perdana menteri di Malaysia

PRU14: Sejarah calon perdana menteri di Malaysia - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: Sejarah calon perdana menteri di Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: Sejarah calon perdana menteri di Malaysia
link : PRU14: Sejarah calon perdana menteri di Malaysia

Baca juga


PRU14: Sejarah calon perdana menteri di Malaysia

Persoalan siapa jadi calon PM dari kalangan pembangkang hanya mula timbul pada 1990.
mahathir-2
Sama ada Pakatan Harapan (PH) akan berjaya atau gagal, pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri Malaysia adalah suatu yang bersejarah.
Ia kerana tidak pernah wujud senario seumpama ini, bukan saja di Malaysia tetapi juga dunia. Calon perdana menteri ini adalah bekas perdana menteri.
Keputusan muktamad PH untuk calon perdana menteri diumumkan dalam konvensyen gabungan itu Ahad lepas bermakna Dr Mahathir akan mencabar perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Perkara pertama ialah usia beliau. Dr Mahathir sendiri berkata pada tahun ini, beliau berusia 93 tahun. Ia bermakna jika beliau menjadi perdana menteri untuk satu penggal pun, pada pilihan raya umum ke-15 bagi memenuhi mandatnya itu, usia beliau adalah 97 tahun.
Dalam konvensyen itu, PH menetapkan bahawa calon timbalan beliau ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Maknanya, andai kata PH menang dan Dr Mahathir menjadi perdana menteri yang tidak menghabiskan tempoh mandatnya, maka Wan Azizah akan dipilih menjadi perdana menteri, itupun adalah suatu yang bersejarah.
Namun penetapan calon perdana menteri dan timbalannya dari PH itu dibuat dalam pemahaman bahawa kesemua proses itu adalah untuk akhirnya menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyandang jawatan perdana menteri.
Calon perdana menteri de facto PH ialah Anwar. Kedudukan Dr Mahathir adalah hanya untuk memberi jalan kepada Anwar. Senario ini tidak pernah berlaku di mana-mana pun di dunia.
Malaysia, walaupun sebuah negara kecil tetapi menghasilkan pelbagai kaedah bagi mengatasi situasi politiknya.
Malah kalau PH menang pun, ia sudah cukup untuk menjadi suatu peristiwa bersejarah. Ini kerana Malaya dan Malaysia tidak pernah menyaksikan kemenangan pihak pembangkang.
Pilihan raya umum (PRU) pertama Malaya berlangsung pada 1955 di bawah British. Oleh kerana ia merupakan PRU pertama, maka tidak ada pihak yang merupakan parti bertahan atau pembangkang.
Tetapi Perikatan Umno-MCA-MIC mengemukakan pemimpin mereka, Tunku Abdul Rahman sebagai calon ketua menteri Malaya. Pesaingnya ialah Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang mengemukakan ketuanya, Datuk Onn Jaafar. Perikatan menang dan Tunku menjadi perdana menteri Malaya merdeka.
Sejak itu, parti yang ditunjangi Umno sentiasa menang pilihan raya umum iaitu pada 1959, 1964 dan 1969 sebagai Perikatan, dan 1974, 1979, 1982, 1986, 1990, 1995, 1999, 2004, 2008 dan 2013 sebagai Barisan Nasional (BN).
Dr Mahathir yang


Demikianlah Artikel PRU14: Sejarah calon perdana menteri di Malaysia

Sekianlah artikel PRU14: Sejarah calon perdana menteri di Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: Sejarah calon perdana menteri di Malaysia dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/pru14-sejarah-calon-perdana-menteri-di.html
sudah menjadi perdana menteri ketika menghadapi pilihan raya 1982 terus mempertahankan jawatannya pada 1986, 1990 dan 1999. Anwar menjadi timbalannya ketika menghadapi pilihan raya 1995.
Pada masa itu, calon lawannya ialah Tengku Razaleigh Hamzah yang mewakili Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat. Cabaran beliau terhadap BN sudah tidak kuat berbanding 1990. Bagaimanapun ketika itu tidak dinamakan siapa yang bakal menjadi timbalan perdana menteri jika mereka menang. Iaitu sama ada timbalan presiden Semangat 46 ketika itu, Tan Sri Rais Yatim, presiden PAS Datuk Fadzil Noor atau setiausaha agung DAP, Lim Kit Siang. Tetapi cakap-cakap mengenai 2 timbalan perdana menteri sudah tersebar dengan pemimpin DAP menyandang salah satu daripadanya.
Dalam PRU pertama Malaya merdeka iaitu pada 1959, tidak dinamakan calon perdana menteri dari pihak pembangkang. Ada 3 pemimpin utama pembangkang iaitu Datuk Onn Jaafar dari Parti Negara, Dr Burhanuddin Al-Helmy dari PAS dan Ahmad Boestamam dari Front Sosialis yang merupakan gabungan Parti Rakyat Malaya (PRM) dan Parti Buruh Malaya (PBM).
Dalam PRU 1964, juga tidak dinamakan calon perdana menteri mereka. Banyak pemimpin pembangkang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sementara Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew menyertai PRU di semenanjung itu.
PRU 1969 menyaksikan sokongan rakyat terhadap pembangkang bertambah dengan PAS, Gerakan dan DAP meraih banyak kerusi. Tetapi sebelum itu tiada sesiapa yang diisytiharkan menjadi calon perdana menteri dari pihak pembangkang jika mereka enang.
Dalam PRU 1974, pembangkang begitu kecil di mana Kassim Ahmad mengetuai Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) dan Lim Kit Siang ketuai DAP. Dalam PRU berikutnya pada 1978, PAS yang diketuai oleh Datuk Asri Musa kembali menjadi pembangkang tetapi tiada sesiapa yang mahu mengisytiharkan calon perdana menteri mereka kerana kelemahan pihak pembangkang.
Walaupun kalah teruk tetapi dalam kempen PRU 1986, PAS di bawah pimpinan Yusof Rawa memberi tentangan kuat terhadap BN. Mereka menubnuhkan gabungan parti pembangkang bernama Harakah Keadilan Rakyat. Tetapi mereka tidak pun menamakan calon perdana menteri.
Hanya bermula daripada PRU 1990, calon perdana menteri dari pembangkang menjadi suatu yang berkemungkinan. Tengku Razaleigh yang pernah disebut-sebut boleh jadi perdana menteri ketika beliau dalam Umno mempunyai cukup kewibawaan untuk menyandang jawatan itu apabila beliau memimpin gabungan pembangkang.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :