PRU14: Tun M akan aktif berkempen di Pekan, jihad terbesar pengundi jatuhkan Najib

PRU14: Tun M akan aktif berkempen di Pekan, jihad terbesar pengundi jatuhkan Najib - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: Tun M akan aktif berkempen di Pekan, jihad terbesar pengundi jatuhkan Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: Tun M akan aktif berkempen di Pekan, jihad terbesar pengundi jatuhkan Najib
link : PRU14: Tun M akan aktif berkempen di Pekan, jihad terbesar pengundi jatuhkan Najib

Baca juga


PRU14: Tun M akan aktif berkempen di Pekan, jihad terbesar pengundi jatuhkan Najib



Demikianlah Artikel PRU14: Tun M akan aktif berkempen di Pekan, jihad terbesar pengundi jatuhkan Najib

Sekianlah artikel PRU14: Tun M akan aktif berkempen di Pekan, jihad terbesar pengundi jatuhkan Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: Tun M akan aktif berkempen di Pekan, jihad terbesar pengundi jatuhkan Najib dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/pru14-tun-m-akan-aktif-berkempen-di.html
Tidak menganggap wujudnya masalah besar untuk bertanding di sejumlah kerusi Parlimen yang ‘pekat’ Umno termasuk Pekan, Pqaarti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempunyai pendekatan tertentu dalam menawan kawasan terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Ketua Biro Strategi dan Dasarnya, Dr Rais Hussin berkata, partinya akan bekerja keras memenangi PRU-14 susulan keputusan pembahagian kerusi Parlimen antara komponen Pakatan Harapan baru-baru ini.
Menurutnya, terlalu awal untuk mana-mana pihak menjangkakan kekalahan PPBM sebagai parti pengganti Umno di kerusi-kerusi yang disandang parti pemerintah itu.
“PPBM ini sepatutnya menggantikan parti Umno. Kita fokus kepada kawasan-kawasan majoriti Melayu, Felda dan sebagainya.
“Kenapa fikir Pekan, kita tidak boleh menang? Saya mahu beritahu, Tun Mahathir dan pucuk pimpinan PPBM akan turun di Pekan kempen secara aktif. Kita kena berani berhadapan dengan parti ini (Umno).
“Saya harap rakyat di Pekan akan membuat satu jihad terbesar dalam sejarah Malaysia iaitu menjatuhkan Najib. Bila dia (Najib) jatuh sekurang-kurangnya Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri,” tegasnya.
Bahkan, Dr Rais menyifatkan gelanggang PRU-14 bukan sekadar pertempuran antara Pakatan Harapan dengan BN tetapi sebenarnya merupakan tsunami seluruh rakyat Malaysia.
“Kita tidak mahu pilihan raya ini hanya Pakatan Harapan melawan BN. Kita mahu ini adalah pilihan raya di mana satu gelombang rakyat akan bangun menentang kezaliman dan kerakusan merompak BN,” ujarnya.
Dr Rais dalam forum anjuran Invoke Malaysia pada Selasa, turut mengingatkan situasi dan kesedaran politik masyarakat Melayu di luar bandar sudah berbeza berbanding dahulu.
“Sekarang, rakyat memang hidup susah. Kita lihat banyak kajian yang mendedahkan rakyat pada masa ini terbeban dengan kenaikan melambung kos hidup.
“Setiap minggu hari Rabu, orang akan fikir naik atau tidak harga minyak. Berapa banyak lagi kena belanja? Ini semua mendatangkan ketidaktentuan hidup rakyat.
“Perhatian paling utama rakyat adalah beban kos hidup. Kita mempunyai stategi tertentu untuk menyelesaikan isu kos sara hidup dan mereformasi institusi untuk memelihara rakyat bukannya menjaga Najib,” tempelaknya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: