Reformasi tetap subur lawan Mahathirisme Najib

Reformasi tetap subur lawan Mahathirisme Najib - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Reformasi tetap subur lawan Mahathirisme Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Reformasi tetap subur lawan Mahathirisme Najib
link : Reformasi tetap subur lawan Mahathirisme Najib

Baca juga


Reformasi tetap subur lawan Mahathirisme Najib

Melucukan apabila saya ditemukan dengan dua artikel - satu ditulis ahli politik MCA, Ti Lian Ker, dan satu lagi ditulis Naib Ketua Pemuda Umno, Azwanbro (Khairul Azwan Harun) yang tidak semena-mena berbicara soal reformasi.
Kelihatan seperti merekalah pejuang paling tegar melawan Mahathirisme.
Reformasi adalah gerakan rakyat yang menuntut perubahan menyeluruh dilaksanakan ke atas institusi-institusi penting negara.
Latar gerakan Reformasi yang dimangkinkan dengan peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998 adalah perlawanan di antara kuasa rakyat menentang hegemoni pemerintah Umno dan BN ketika itu.
Reformasi bukan tentang individu. Reformasi adalah satu gerakan, gelombang dan tuntutan rakyat teramai. Ia menuntut agar prinsip keadilan, kebebasan dan kesaksamaan dijunjung.
Reformasi milik rakyat yang mahukan perubahan. Rakyat yang mahu mereformasikan sistem dan membentuk ketamadunan Malaysia yang lebih baik dan gemilang untuk generasi akan datang. Lawan Reformasi ialah Mahathirisme.
Pembela Mahathirsme
Mahathirisme pula juga bukan satu ‘puaka’ bersifat individu. Mahathirisme bertanggungjawab memanipulasi segala bentuk kuasa yang ada untuk meruntuhkan satu demi satu tiang seri demokrasi dan kebebasan yang ada di negara ini.
Mahathirisme tidak pernah tamat hatta selepas individu yang membidaninya bersara daripada menjadi seorang "diktator" sejak 15 tahun lalu.



Demikianlah Artikel Reformasi tetap subur lawan Mahathirisme Najib

Sekianlah artikel Reformasi tetap subur lawan Mahathirisme Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Reformasi tetap subur lawan Mahathirisme Najib dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/reformasi-tetap-subur-lawan.html
class="cms-image-scale-screen cms-image-scale-left" src="https://i.malaysiakini.com/1205/c7451e6fa3841440c27b2c71450dbaa2.jpeg" style="width: 100%;">Mahathirisme kini diteruskan oleh Datuk Seri Najib Razak yang membawanya ke satu tahap baru dan lebih parah. Faktanya, Mahathirisme tidak pernah meninggalkan Umno-BN, bahkan menjadi ideologi perjuangan mereka.
Ti dengan berani mengutarakan bahawa Reformasi kini menjadi "reformati" dan kemudian menyerang Anwar serta Lim Kit Siang sebagai penganut baru Mahathirisme.
Azwanbro pula tanpa sedikit rasa segan menyenaraikan semua "dosa-dosa" besar Tun Dr Mahathir Mohamad, padahal pada satu ketika dialah ‘penjilat’ nombor wahid mempertahankan "dosa-dosa" itu.
Tanpa disedari, merekalah kini yang kekal menjadi pembela Mahathirisme hari ini.
Ti dan Azwanbro perlu menepuk dada sendiri dan bertanya selera masing-masing.
Bukan hujah baru
Hari ini, yang mereka ingin pertahankan ialah Najib. Najib hari inilah Mahathirisme. Mereka pertahankan bukan hanya seorang individu, tetapi yang mereka pertahankan itu adalah faham dan amalan Mahathirisme yang telah mereka kritik dalam penulisan masing-masing.
Mereka terkabur pandangan dan pemikiran sehingga hujah yang dikemukakan hanya setipis kulit saja kerana mereka gagal melihat kepada ‘puaka’ lebih besar iaitu kebobrokan sistem dan kepincangan amalan regim Umno-BN yang mereka warisi.
Hingga kini mereka enggan mengubahnya.
Politik dan pertarungan merebut kuasa ini bukan hanya dilihat pada lambang mahu pun warna parti yang diwakili. Apa yang lebih penting ialah prinsip dan agenda yang ingin kita perjuangkan.

Ti dan Azwanbro tidak menawarkan hujah yang baru, tetapi sekadar mempertahankan "Shit" yang pernah digambarkan oleh Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Shahnon Ahmad.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :