Judul : Sindiran Umno pada Dr M akan ‘makan tuan’, kata Izzah
link : Sindiran Umno pada Dr M akan ‘makan tuan’, kata Izzah
Sindiran Umno pada Dr M akan ‘makan tuan’, kata Izzah
Nurul Izzah Anwar percaya pencalonan Dr Mahathir akan menyakinkan sebahagian lagi rakyat untuk bersama Pakatan Harapan membetulkan sistem sekarang.
Nurul Izzah Anwar berkata sindiran Umno terhadap pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan akan mengenai parti sendiri.
Puteri kepada seteru bekas perdana menteri itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, percaya pencalonan Dr Mahathir akan menyakinkan sebahagian lagi rakyat untuk bersama Pakatan Harapan membetulkan sistem sekarang.
“Saya ucap selamat untuk mereka kerana mereka sudah lama menang, hancurkan banyak perkara. Moga-moga Allah membuka hati rakyat bantu kita pastikan sindiran kekal sindiran, tetapi biarlah ia memakan tuan badan sendiri,” katanya kepada FMT pada sidang media di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pencalonan Dr Mahathir sebagai “tepat” kerana jasanya kepada negara, dan dalam masa yang sama menganggap PH mengitar semula pemimpin lama.
Zahid, yang pernah menjadi ketua Pemuda Umno semasa parti itu diterajui Dr Mahathir pada lewat 1990-an, bagaimanapun menambah langkah PH itu hanya memberi peluang kepada Dr Mahathir mengulangi semula
Demikianlah Artikel Sindiran Umno pada Dr M akan ‘makan tuan’, kata Izzah
Sekianlah artikel Sindiran Umno pada Dr M akan ‘makan tuan’, kata Izzah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sindiran Umno pada Dr M akan ‘makan tuan’, kata Izzah dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/sindiran-umno-pada-dr-m-akan-makan-tuan.html
kesalahannya.
Pada Ahad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan secara menyindir mengucapkan “terima kasih” kepada PH kerana memudahkan BN memenangi PRU14.
Izzah, yang juga naib presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai, tidak menafikan Dr Mahathir pernah melakukan kesalahan seperti mengekang parti-parti pembangkang.
Bagaimanapun, beliau bersyukur bekas presiden Umno itu menerima agenda reformasi malah sedia menerajui gabungan kempen gabungan pembangkang untuk mengubah sistem negara.
“Perbezaan pendapat boleh diterima…cuba bayangkan jika langsung tidak ada ruang dan keterbukaan,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata gabungan pembangkang perlu meyakinkan orang ramai, termasuk ahli parti sendiri, bahawa bekas perdana menteri itu mahu merealisasikan agenda reformasi PKR.
“Saya lebih suka begini…tidak terpekung dan mahu tunjukkan pada rakyat kematangan kita,” tambahnya.
Sementara itu, Izzah berkata agenda kebajikan rakyat PKR lebih utama berbanding soal jumlah kerusi Parlimen yang ditandingi berbanding PPBM.
PH mengumumkan PKR akan bertanding di 51 kerusi Parlimen di Malaysia Barat, PPBM 52 kerusi, DAP 35 kerusi dan Amanah 27 kerusi.