Judul : Siti Hasmah: Pecah pintu Parlimen bukti rakyat sayang Tun Razak
link : Siti Hasmah: Pecah pintu Parlimen bukti rakyat sayang Tun Razak
Siti Hasmah: Pecah pintu Parlimen bukti rakyat sayang Tun Razak
Demikianlah Artikel Siti Hasmah: Pecah pintu Parlimen bukti rakyat sayang Tun Razak
Sekianlah artikel Siti Hasmah: Pecah pintu Parlimen bukti rakyat sayang Tun Razak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Siti Hasmah: Pecah pintu Parlimen bukti rakyat sayang Tun Razak dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/siti-hasmah-pecah-pintu-parlimen-bukti.html
Rakyat berpusu-pusu sehingga pecah pintu Parlimen kerana mahu memberi penghormatan kepada jenazah perdana menteri kedua.
Tun Abdul Razak Hussein pemimpin yang sangat disayangi rakyat dan akan sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia, kata Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.Isteri bekas perdana menteri itu berkata perasaan rakyat itu terbukti apabila rakyat pelbagai lapisan masyarakat memenuhi Parlimen untuk memberikan penghormatan terakhir kepada perdana menteri kedua itu.
“Ia sangat menyedihkan apabila dia pergi (ke London untuk rawatan) dan pulang dalam keranda,” kata Dr Siti dalam program bicara Jasa Tun Razak di Facebook suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.
“Bila keranda dibawa keluar, rakyat jelata meraung. Ketika jenazah dibawa ke dewan Parlimen, saya ingat lagi, pintu Parlimen pecah sebab rakyat berpusu-pusu hendak masuk…ada yang sampai masuk kolam Parlimen.
Pemimpin Umno itu menerajui kerajaan Malaysia dari 1970 hingga 1976. Beliau bertanggungjawab menubuhkan Barisan Nasional dan melancarkan Dasar Ekonomi Baru bagi menangani jurang ekonomi dan sosial yang memburukkan permusuhan kaum di Malaysia.
Tun Razak, diberi jolokan Bapa Pembangunan, meninggal dunia pada 14 Januari 1976 antaranya kerana leukimia semasa sedang mendapatkan rawatan di London.
Siti Hasmah, 91, berkata terlalu banyak sumbangan Razak kepada negara terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar yang ketika itu belum membangun.
Orang Melayu membentuk sebahagian besar penduduk di kawasan luar bandar terutamanya di negeri-negeri nusa teras Melayu seperti Kedah, negeri kelahiran suami Siti Hasmah.
“Saya tidak mahu apa-apa yang buruk dikaitkan dengan Razak, sebab dia “far up” (sangat disanjungi). Dia menderita seorang diri…saya sangat bersimpati dengan isterinya, Tun Rahah,” kata Siti Hasmah, merujuk kepada ibu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Rahah Noah.
Siti Hasmah berkata kebijaksanaan dan toleransi Razak yang membuatkan Dr Mahathir kembali ke pangkuan Umno pada 1972.
Mahathir dipecat Majlis Tertinggi Umno dan ditendang keluar dari parti itu pada 1969, kerana surat yang mendesak peletakan jawatan perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, selepas meletusnya rusuhan kaum 13 Mei tahun itu.
Selepas Tunku meletak jawatan pada 1970, Razak mengalakkan Dr Mahathir kembali ke parti dan melantiknya menjadi senator pada 1973.
Siti Hasmah masih ingat pesan Razak pada penggantinya, Tun Hussein Onn, seperti yang diberitahu suaminya.
“Pesanan Tun Razak kepada Tun Hussein untuk berhubung dengan Dr Mahathir sekiranya ada apa-apa masalah. Itu adalah benar,” katanya.