Siti Mariah: PAS tidak akan menang Kota Raja

Siti Mariah: PAS tidak akan menang Kota Raja - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siti Mariah: PAS tidak akan menang Kota Raja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siti Mariah: PAS tidak akan menang Kota Raja
link : Siti Mariah: PAS tidak akan menang Kota Raja

Baca juga


Siti Mariah: PAS tidak akan menang Kota Raja



Demikianlah Artikel Siti Mariah: PAS tidak akan menang Kota Raja

Sekianlah artikel Siti Mariah: PAS tidak akan menang Kota Raja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siti Mariah: PAS tidak akan menang Kota Raja dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/siti-mariah-pas-tidak-akan-menang-kota.html
Wakil rakyat Amanah itu berkata hakikatnya PAS menang kerusi itu kerana Pakatan Rakyat membantu dengan sokongan orang bukan Melayu pada PRU13.
Siti-Mariah-Mahmud_pas_
Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud yang meninggalkan PAS untuk menyertai Amanah mahu melihat sama ada calon yang diletakkan bekas partinya itu boleh memenangi kawasan itu.
Beliau tidak bersetuju dengan dakwaan PAS kononnya mereka memainkan peranan besar dalam kemenangannya pada pilihan raya umum 2013, dengan majoriti 29,000 undi dalam kawasan majmuk.
Sebaliknya, Mariah berkata majoriti sokongan adalah daripada pengundi Cina dan India, yang membentk 54% daripada 105,909 pengundi, sementara pengundi Melayu membentuk 46%.
“Antara sebab majoriti besar itu kerana PAS ketika itu bersama Pakatan Rakyat dan warga tempatan menyokong kita kerana bekerjasama dengan parti pembangkang lain.
“PAS mempunyai 5,000 hingga 6,000 ahli. Kalau mereka dakwa undi itu daripada penyokong mereka, saya rasa itu tidak adil,” katanya pada FMT, apabila ditanya sama ada PAS memainkan peranan membantu beliau meraih majoriti lebih besar pada 2013 atas tiket PAS.
PAS mengetengahkan Mariah sebagai calon di Kota Raja sejak 2004.
Beliau menang pilihan raya seterusnya pada 2008 dan 2013. Pada 2013, beliau meraih kemenangan dengan perbezaan besar 29,395 undi walaupun berdepan pertandingan 4 penjuru.
Beliau mendapat 59,106 undi, sementara S Murugesan dari MIC mendapat 29,711 undi, dan calon bebas P Uthayakumar dan Azman Idrus mendapat 2,364 dan 280 undi.
Mariah meninggalkan PAS pada Ogos 2015 bersama-sama 400 pemimpin akar umbi dari Kota Raja, Kapar dan Klang untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB), satu gerakan politik yang terdiri daripada bekas pemimpin PAS. GHB kemudian bertukar menjadi Amanah.
Mariah berkata gabungan Pakatan Rakyat yang telah terbubar itu turut membantu 2 Adun bawah Kota Raja meraih undi terbanyak 5 tahun lalu.
“YB Xavier Jayakumar dan Mat Shuhaimi Shafiei terima majoriti lebih besar pada 2013, berbanding 2008,” katanya.
Xavier (PKR) adalah Adun Seri Andalas dan Shuhaimi (PKR) adalah Adun Sri Muda.
Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 2008 oleh PAS, PKR dan DAP tetapi diisytiharkan terbubar pada 2015 kerana perkelahian antara PAS dan DAP mengenai agenda hudud.
Parti serpihan PAS, Amanah, dan PBBM menyertai gabungan baharu Pakatan Harapan.
Walaupun Pakatan Rakyat terbubar, PKR meneruskan kerjasama dengan PAS di kerajaan Selangor.
Mariah bagaimanapun berkata Pakatan Rakyat tidak dapat undi Melayu di kawasan seperti Johan Setia, Klang pada PRU13.
“Malah, kita kehilangan lebih banyak undi Melayu walaupun dengan Pakatan Rakyat tetapi menang dengan sokongan undi bukan Melayu,” katanya.
“Saya mengharapkan PRU14 untuk tengok sama ada PAS boleh meraih undi. Mereka fikir majoriti orang Melayu di Kota Raja akan mengundi mereka.”
Sabotaj
Ketika ditanya mengenai tuduhan pemimpin PAS setempat kononnya beliau terputus daripada penduduk tempatan, Mariah menepis dakwaan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: