Skandal Felda: Jika bukan Najib, siapa?

Skandal Felda: Jika bukan Najib, siapa? - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skandal Felda: Jika bukan Najib, siapa?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skandal Felda: Jika bukan Najib, siapa?
link : Skandal Felda: Jika bukan Najib, siapa?

Baca juga


Skandal Felda: Jika bukan Najib, siapa?



Demikianlah Artikel Skandal Felda: Jika bukan Najib, siapa?

Sekianlah artikel Skandal Felda: Jika bukan Najib, siapa? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skandal Felda: Jika bukan Najib, siapa? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/skandal-felda-jika-bukan-najib-siapa.html
SAYA terpanggil memberi komen berhubung isu penjualan tanah Felda di Jalan Semarak kepada Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) melalui transaksi yang meragukan.
Pengerusi Felda, Shahrir Samad sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan yang berniat menunjukkan Perdana Menteri Najib Razak tidak terlibat dalam penjualan tanah tersebut.
Namun, jika audit forensik belum pun tamat dan laporan belum dibentang, bagaimana beliau boleh mengesahkan hal ini? Dan jika beliau mempunyai maklumat yang menjadi asas kenyataan itu, apakah beliau telah menjejaskan integriti siasatan?
Namun sebenarnya, kenyataan Shahrir ini menimbulkan persoalan besar: Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab di dalam skandal ini?
Saya mendesak agar audit forensik dalam isu ini dijalankan dengan segera agar umum dapat mengetahui antara dalang-dalang yang telah terlibat dalam menjahanamkan institusi ini.
Saya juga menggesa agar Najib berjanji untuk tidak sesekali menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) menghalang mana-mana bahagian laporan audit forensik tersebut dari diterbit, sebagaimana yang kita saksikan dengan laporan Ketua Audit Negara berhubung isu 1MDB.
Amatlah penting laporan forensik tersebut diterbitkan sepenuhnya, agar kepercayaan umum akan dikembalikan terhadap Felda.
Dalam mengimbas isu yang melanda Felda ini, ianya berpunca daripada pentadbiran Najib Razak yang sejak mula menyandang jawatan perdana menteri kelihatan tidak segan silu untuk mempergunakan institusi yang sepatutnya menjaga kebajikan orang Melayu, sebagai ganjaran buat pemimpin Umno yang dilihat setia kepadanya.
Trend ini amat jelas berlaku dalam pelantikan individu bagi mengisi jawatan tertinggi Felda, Lembaga Tabung Haji, dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Atas kemelut demi kemelut yang melibatkan institusi bersangkutan kerajaan (GLC), dapat disimpulkan bahawa Perdana Menteri Najib Razak telah menyalahgunakan badan-badan itu untuk memastikan beliau terus berkuasa.
Maka, Najib perlu mengambil iktibar dari skandal-skandal yang melanda institusi-institusi ini dan segera berhenti memperguna institusi-institusi tersebut sebagai ganjaran politik untuk memenuhi tembolok juak-juak politik beliau.


Fahmi Fadzil

Subscribe to receive free email updates: