SPRM: Pengurup wang haram ‘rakan subahat terbesar’ rasuah

SPRM: Pengurup wang haram ‘rakan subahat terbesar’ rasuah - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM: Pengurup wang haram ‘rakan subahat terbesar’ rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM: Pengurup wang haram ‘rakan subahat terbesar’ rasuah
link : SPRM: Pengurup wang haram ‘rakan subahat terbesar’ rasuah

Baca juga


SPRM: Pengurup wang haram ‘rakan subahat terbesar’ rasuah



Demikianlah Artikel SPRM: Pengurup wang haram ‘rakan subahat terbesar’ rasuah

Sekianlah artikel SPRM: Pengurup wang haram ‘rakan subahat terbesar’ rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM: Pengurup wang haram ‘rakan subahat terbesar’ rasuah dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/sprm-pengurup-wang-haram-rakan-subahat.html
Perasuah menyerahkan wang kepada pengurup wang haram dan penjawat awam hanya perlu terbang ke luar negara untuk mengambil wang di premis pengurup wang asing bersekutu.
sprm-money-changerPengurup wang tidak berlesen yang lebih dikenali sebagai bank bawah tanah dikenal pasti sebagai satu daripada “rakan subahat terbesar” dalam kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram, kata pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Unit Pelucuthakan Harta dan Pengubahan Wang Haram SPRM, Fikri Abdul Rahim memberi contoh jika hendak merasuah pegawai kerajaan, perasuah hanya perlu menyerahkan wang kepada pengurup wang haram dan penjawat awam terbabit akan terbang ke premis pengurup wang bersekutu di luar negara untuk mengambil wang berkenaan.
Katanya, prosedur biasa mewajibkan individu yang hendak menukar RM3,000 ke atas mendaftarkan nama mereka, tetapi bank bawah tanah itu boleh melangkau prosedur itu dan membantu pelanggan mereka memindahkan wang ke dalam atau luar negara.
Beliau berkata, aliran wang itu sukar dikesan sumber dan arah tujunya.
“Selaku pengawal selia perniagaan pengurup wang, Bank Negara Malaysia perlu lebih berkesan mengawal perkhidmatan tukaran dan kiriman mata wang asing, bagi mengelakkan wang haram itu mengalir ke luar negara,” katanya kepada Sin Chew Daily.
Fikri berkata, agensi penguatkuasaan kini berdepan cabaran terbesar kerana mod pengubahan wang haram berbeza daripada kaedah konvensional.
Beliau memberi contoh cara konvensional ialah memasukkan wang dan cek ke akaun penerima, membeli hartanah atau hadiah mahal menggunakan nama penerima.
Kini, katanya, sindiket jenayah menggunakan teknologi canggih untuk mengubah wang haram dan pihak berkuasa memerlukan lebih ramai pakar dalam bidang berkenaan bagi memantau dan membongkar taktik mereka.
Katanya, pengubahan wang haram kini melonjak menjadi ekonomi ke-5 terbesar dunia yang bersamaan 3% keluaran dalam negara kasar (KDNK) global, di mana aliran wang haram mencecah AS$1 hingga AS$2 trilion.
Fikri berkata, lebih 100 kes pengubahan wang membabitkan suapan bernilai RM80 juta disiasat SPRM tahun lalu, di mana purata lebih 50 kes membabitkan RM50 juta disiasat setiap tahun, sejak 5 tahun lalu.
Katanya, statistik itu menunjukkan peningkatan dalam kes pengubahan wang haram, tetapi secara keseluruhan keadaan masih terkawal dan SPRM bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan polis giat membanteras jenayah itu.

Subscribe to receive free email updates: