Sudahlah, untuk apa lagi mengundi?

Sudahlah, untuk apa lagi mengundi? - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sudahlah, untuk apa lagi mengundi?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sudahlah, untuk apa lagi mengundi?
link : Sudahlah, untuk apa lagi mengundi?

Baca juga


Sudahlah, untuk apa lagi mengundi?



Demikianlah Artikel Sudahlah, untuk apa lagi mengundi?

Sekianlah artikel Sudahlah, untuk apa lagi mengundi? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sudahlah, untuk apa lagi mengundi? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/sudahlah-untuk-apa-lagi-mengundi.html
RAMAI menyangka, duit yang diterima dari salah urus tadbir, digunakan untuk mengayakan anak isteri dan keluarga; Najib Razak sebagai contoh. Ada tuduhan mengatakan duit dari 1MDB itu masuk ke akaun peribadi beliau supaya ia boleh digunakan oleh Rosmah Mansor, untuk membeli beg tangan Birkin. Mungkin benar, namun memahami bagaimana urusan keluar masuk duit, kita memahami ia lebih besar sekadar itu. Masakan Mak Lampir (tidak merujuk kepada sesiapa), seorang politikus, memiliki begitu banyak kereta? Untuk kegunaan beliau? Tidak! Itu, yang kita panggil sebagai penggubahan wang haram, “money laundering” kalau dalam bahasa orang putih. Ia bagi “membersihkan” wang haram, menjadi halalan toyyiban.
Watak Frank Underwood, dalam drama televisyen terkenal, House of Cards, menyebut: "He chose money over power - in this town, a mistake nearly everyone makes. Money is the McMansion in Sarasota that starts falling apart after 10 years. Power is the old stone building that stands for centuries."
"Dia memilih duit dari kuasa - di tempat ini, (ia) kesilapan yang dilakukan hampir semua orang. Duit adalah 'McMansion' (bangunan besar) di Sarasota (sebuah bandar di Amerika Syarikat) yang akan jatuh selepas 10 tahun. Kuasa adalah bangunan lama yang akan tertegak berabad-abad lamanya.”
Dalam politik, duit bukanlah penyebab pada korupsi, tetapi kuasa. Atau mungkin lebih tepat lagi, ketakutan akan kehilangan kuasa. Seperti kata John Steinbeck, seorang pemenang Anugerah Nobel Kesusasteraan dari Amerika: “Kuasa tidak akan (menjadikan seseorang) korup. Ketakutanlah yang menjadikannya.. mungkin ketakutan akan kehilangan kuasa."
Dengan ketakutan itu, manusia akan berbuat apa sahaja untuk kekal berkuasa, apatah lagi apabila seseorang itu berada di penghujung kekuasaan. Dan duit, sudah tentu kekuatan bagi orang yang berkuasa.
Duit yang banyak diperlukan, bukan untuk membelikan isteri jam tangan Richard Mille Lady RM 007, atau diberikan kepada anak untuk menerbitkan filem Hollywood Wolf of Wall Street. Bukan.. bukan. Itu cuma jalan-jalan menjadikan duit itu halalan toyyiban, seperti yang dijelaskan sebelumnya.
Duit perlu disuap kepada orang yang duduk di kiri dan kanan, agar setia. Duit diperlukan untuk membayar sebilangan orang di setiap kawasan, DUN dan Parlimen. Duit dicurah seperti “coklat yang mencurah-curah ke ladang gandum”.
Duit yang banyak memerlukan pelaburan yang besar dan sebagai seseorang yang berada di tampuk kuasa, sudah tentu duit itu datangnya dari dana negara atau negeri, yang sudah tentu datang dari poket rakyat.
Kuasa dan jatuh bangun kerajaan
Dengan sedikit hujah ini, kita sedikit sebanyak faham akan bahaya kuasa, dan manusia di dalam sebuah kerajaan. Manusia akan tetap menjadi manusia. Manusia tidak akan mungkin menjadi malaikat. Kata Thomas Paine (1776), "Kerajaan, walaupun dalam keadaan terbaik, hanyalah satu kejahatan yang diperlukan; dalam keadaan terburuk, tidak dapat dibiarkan."
Perkara ini diterima oleh sarjana dan cendekiawan dari beberapa jalur spektrum ekonomi, yang percaya disebabkan perkara ini, kuasa sesebuah kerajaan perlu untuk dikurangkan.
Kita juga perlu sedar, konsep kuasa dan kerajaan ini, antara lain, yang memisahkan Mikhail Bakunin dan Karl Marx dalam Internasionale Pertama, yang akan diperjelaskan dalam penulisan seterusnya.
Ada yang menyangka, menukar kerajaan akan mengubah segalanya. Tukar kerajaan akan memulihkan institusi yang rosak, menghapuskan amalan rasuah, memperbaiki ekonomi, malah akan menyembuhkan penyakit sembelit!
Untuk ini, mungkin juga ada betulnya (selain dari menyembuhkan penyakit sembelit). Seperti misalnya dalam karya agung Ibn Khaldun, Mukaddimah (1377), melalui Teori Siklus, Ibn Khaldun menjelaskan soal kitaran sebuah empayar.
Teori Siklus menjelaskan soal jatuh bangun sebuah empayar, yang mana di dalamnya menjelaskan tentang lima tahap sebuah peradaban, yang mana tahap-tahap ini pula akan memunculkan tiga generasi.
Bagi mengelakkan tulisan ini jadi panjang berjela, pembaca dinasihatkan supaya membaca buku Mukaddimah atau membaca terus ulasan berkaitan buku tersebut, terutamanya Teori Siklus, atau juga dikenali sebagai Teori Kitaran.
Apa yang penting adalah, setiap kerajaan yang baharu, atas sokongan rakyat, pada tahap awalnya akan berusaha sedaya mungkin, untuk sekurang-kurangnya, dilihat lebih baik daripada kerajaan terdahulu.
Makanya akan ada kalau tidak pun banyak, sedikit sebanyak pembaharuan dan kebaikan yang akan dinikmati rakyat dari perubahan yang berlaku.
Namun yang menarik juga untuk dibangkitkan adalah kemunculan tiga generasi dari lima tahap yang muncul dari pembangunan negara. Daripada generasi pembangun, kepada generasi penikmat, seterusnya generasi yang terakhir sebelum kejatuhan, yakni generasi yang tidak lagi memiliki hubungan emosional dengan negara.
Generasi akhir ini, akan melakukan apa sahaja tanpa mempedulikan sedikit pun nasib negara.
Tidak salah untuk dikatakan, kita sedang melahirkan generasi ketiga menurut teori siklus. Pemuda khususnya, bersikap tidak ambil peduli akan nasib bangsa. Hal ini antara lain, disebabkan keadaan ekonomi yang mundur yang membuatkan setiap dari kita, hanya memikirkan tentang survival sendiri.
Kita menjadi individualis, yang tanpa kita sedar tidak akan memberi kebaikan untuk jangka masa panjang. Ini strategi pecah dan perintah pasca merdeka.
Untuk memecahkan kebuntuan ini, sudah tentu “kitaran” ini perlu terus bergerak. Jika tidak, kita akan tersangkut di tahap ke-5, yakni tahap kejatuhan, dengan generasi ke-3 yakni generasi yang tidak lagi mempedulikan negara terus berkembang.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: