Syabas Dr Mahathir-Anwar kerana tuntut keadilan, kata akhbar Australia

Syabas Dr Mahathir-Anwar kerana tuntut keadilan, kata akhbar Australia - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syabas Dr Mahathir-Anwar kerana tuntut keadilan, kata akhbar Australia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syabas Dr Mahathir-Anwar kerana tuntut keadilan, kata akhbar Australia
link : Syabas Dr Mahathir-Anwar kerana tuntut keadilan, kata akhbar Australia

Baca juga


Syabas Dr Mahathir-Anwar kerana tuntut keadilan, kata akhbar Australia



Demikianlah Artikel Syabas Dr Mahathir-Anwar kerana tuntut keadilan, kata akhbar Australia

Sekianlah artikel Syabas Dr Mahathir-Anwar kerana tuntut keadilan, kata akhbar Australia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syabas Dr Mahathir-Anwar kerana tuntut keadilan, kata akhbar Australia dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/syabas-dr-mahathir-anwar-kerana-tuntut.html
BEKAS Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Anwar Ibrahim perlu dipuji kerana cubaan mereka menyingkirkan Perdana Menteri, Najib Razak dan Umno kerana terlibat dalam skandal kewangan rentas negara yang memburukkan nama Malaysia di mata dunia, kata sebuah akhbar Australia hari ini.
Akhbar The Australian dalam sidang pengarangnya hari ini berkata dalam skandal korupsi AS$4 bilion 1MDB yang dikaitkan dengan perdana menteri itu, wujud keperluan “tidak dapat disangkal”  untuk pembangkang yang lebih kuat bertanding pada pilihan raya umum akan datang, yang perlu dijalankan sebelum Ogos tetapi mungkin berlaku seawal Mac tahun ini.
“Kestabilan negara (Malaysia) sangat mustahak kepada rantau kita, kerana itulah Australia mempunyai hubungan pertahanan dan keselamatan yang rapat dengannya,” kata The Australian.
Dr Mahathir dan Anwar, katanya, membentuk kesepakatan yang tak pernah dijangka bagi menyingkirkan kerajaan Umno,  selepas berkuasa selama 60 tahun tanpa menerima cabaran besar.
“Dr Mahathir akan menerajui kempen Pakatan Harapan, gabungan pembangkang utama Malaysia. Sekiranya menang, beliau akan meminta perkenan pengampunan diraja bagi membolehkan Anwar menjadi perdana menteri.”
Disebut juga mengenai usia Dr Mahathir yang sudah berusia 93 tahun, sama umurnya dengan bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe ketika dia disingkirkan, dan ketua umum pembangkang, Anwar pula sering menjadi “sasaran kejam” dan mangsa “dakwaan meragukan yang menyebabkan dia dipenjara”.
Dr Mahathir menjadi perdana menteri keempat Malaysia pada 1981, dan bermulalah pemerintahan autokratik di Malaysia selama 22 tahun. Beliau berundur pada 2003, tetapi sebelum itu beliau bertanggungjawab menyingkirkan dan menuduh Anwar, ketika itu timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, atas kesalahan liwat dan korupsi.
Anwar dipenjarakan sembilan tahun kerana kesalahan liwat pada April 1999, tetapi hukuman itu dibatalkan pada 2004. Dia kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan liwat kedua pada 2015  tetapi dijadualkan akan dibebaskan awal Jun ini kerana masalah kesihatan.
“Pembangkang di bawah kepimpinan jeneral perang yang keras kepala dan kontroversi seperti Dr Mahathir (yang pada Mei lalu menegaskan Amerika Syarikat dan Israel bertanggungjawab atas tragedi 9/11) bakal berdepan perjuangan getir menentang Najib dan Umno. Kajian menunjukkan politik berasaskan kaum masih lagi meraih sokongan tidak berbelah bahagi masyarakat Melayu-Islam kepada Umno,” kata The Australian lagi.
Kini, banyak pihak sedang menunggu sama ada gabungan Dr Mahathir-Anwar yang sebelum ini tidak terlawan akan mampu memenangi pertempuran itu, kata akhbar itu lagi.
“Tetapi Dr Mahathir dan Anwar layak dipuji kerana cubaan mereka menyingkirkan Najib dan Umno disebabkan 1MDB dan pelbagai skandal lain yang merosakkan kedudukan Malaysia di mata dunia.
“Korupsi yang menyelubungi skandal 1MDB perlu menjadi tumpuan pada pilihan raya akan datang.”

Subscribe to receive free email updates: