Tak mustahil pemimpin keluar Pas buat U-turn sembang Azman Shapawi

Tak mustahil pemimpin keluar Pas buat U-turn sembang Azman Shapawi - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak mustahil pemimpin keluar Pas buat U-turn sembang Azman Shapawi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak mustahil pemimpin keluar Pas buat U-turn sembang Azman Shapawi
link : Tak mustahil pemimpin keluar Pas buat U-turn sembang Azman Shapawi

Baca juga


Tak mustahil pemimpin keluar Pas buat U-turn sembang Azman Shapawi



Demikianlah Artikel Tak mustahil pemimpin keluar Pas buat U-turn sembang Azman Shapawi

Sekianlah artikel Tak mustahil pemimpin keluar Pas buat U-turn sembang Azman Shapawi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak mustahil pemimpin keluar Pas buat U-turn sembang Azman Shapawi dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/tak-mustahil-pemimpin-keluar-pas-buat-u.html
Tidak mustahil bekas wakil rakyat yang keluar parti itu kembali semula kepada Pas.
Pengerusi Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abd Rani tidak menolak kemungkinan tersebut akan berlaku termasuk tindakan ‘u-turn’ yang mungkin diambil Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang baharu sahaja mengumumkan keluar Pas beberapa hari lalu.
“Hati manusia berubah, mungkin apabila dia duduk dengan parti baharu dia rasa banyak masalah, berfikir balik dan diberi hidayah. Kita harap dia kembali semula (kepada Pas) kerana tidak sedikit orang (ahli Pas) yang lari dari perjuangan Islam, akhirnya berpatah balik.
“Kemungkinan boleh berlaku apabila mereka lihat kebaikan yang ada bagi pihak Islam, keburukan yang ada bagi pihak lawan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Mengulas lanjut mengenai pengumuman Mahfuz, beliau menyifatkan tindakan keluar parti bukanlah mengejutkan kerana Mahfuz telah menunjukkan tanda-tanda tidak bersetuju dengan Pas sejak beberapa tahun lalu.
Malah katanya, tindakan Mahfuz itu turut mewujudkan suasana lebih selesa dalam Pas berbanding sebelum ini apabila parti terkena tempias berikutan ahli Parlimen Pas itu sering mengkritik parti serta kepimpinannya.
“Jadi apabila dia isytihar (keluar parti), kita rasa tidak terkejut, malah kita jadi lebih selesa. Kalau dia buat perkara tidak baik (sebelum ini), dia masih ahli Parlimen Pas tapi hari ini kalau buat benda tidak baik, dia sudah tiada kena mengena dengan Pas,” katanya.
Beliau juga tidak terkejut sekiranya seorang lagi wakil rakyat Pas, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa membuat pengumuman sama dengan Mahfuz pada masa akan datang.
Mengulas mengenai isu bai’ah, beliau menyifatkan lafaz tersebut tidak seharusnya dipandang remeh sekalipun mereka tidak akan dihadapkan ke muka pengadilan berikutan pelanggaran baiah ataupun tidak boleh dihalang atas asas demokrasi.
Bagaimanapun katanya, ia adalah sesuatu yang perlu dipandang serius oleh wakil rakyat Pas kerana sumpah dibuat atas nama ALLAH yang turut mengikat hati seseorang wakil rakyat daripada keluar parti.
“Kita serahkan urusan tersebut kepada tuhan. Kita mendoakan supaya mereka ini diberi oleh ALLAH keinsafan nanti dan dia bersama semula dengan perjuangan Islam ini,” katanya.

Subscribe to receive free email updates: